Monday, July 30, 2012

Apakah pilihan anda?

Berpandukan potensi yang terpapar pada graf harga emas ini, ada 2 pilihan untuk anda, dan anda yang akan memutuskannya...

Pilihan pertama: Mulakan belian emas sekarang sementara harganya masih rendah (sekitar bulatan hijau), dan jual semula bila harga telah menyentuh paras jangkaan iaitu di hujung anak panah biru tersebut.

Pilihan Kedua:
Perhatikan sahaja pergerakan harga emas sehingga ia mendaki naik dan menyentuh paras harga yang berada di hujung anak panah berwarna biru tersebut, baru mulakan belian.

Ok, Yang mana pilihan anda.. : )

Troy per OZ

Harga emas di pasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar, dengan berat asas dagangannya "Troy per oz".

Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (precious metal), dimana untuk setiap 1 Troy per oz bersamaan 31.1gram.

*1 Troy per oz = 31.1gram

Sebagai contoh, jika harga emas di pasaran antarabangsa $1623 per oz, bermakna harga emas ketika ini adala 1,623 Us Dollar untuk setiap 1 Troy auns.

Untuk mendapatkan harga dalam RM bagi setiap gram, perngiraannya seperti berikut:

1. Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu, caranya adalah;

Harga Sekarang ÷ Berat 1 troy oz dalam gram = Harga 1 gram emas dalam USD.

$1,623 ÷ 31.1 = $52.20

2. Kira kadar pertukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada RM, caranya;

$52.20 x RM3.10 = RM161.80 (Harga 1 gram emas di pasaran antarabangsa).

Untuk makluman, harga yang diatas adalah harga asas dagangan atau dikenali sebagai "Harga Spot", dan ianya tidak merangkumi kos-kos sampingan yang terlibat bagi menghasilkan emas dalam bentuk fizikal.

Wednesday, July 25, 2012

Apa itu Gold Bar?

Emas Bar (Kepingan)

Bar Emas adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil. Ada dua kaedah penghasilannya, iaitu ;

a) Kaedah Tuangan
Jongkong Emas yang dihasilkan dengan kaedah ini juga dinamakan sebagai "Cast Bar". Emas bar ini dibentuk dengan cara menuangkannya ke dalam acuan ketika ia masih panas, setelah itu baru dicatatkan hallmark, kandungan emas serta berat pada bahagian permukaannya sebelum ia membeku, atau ada juga yang mencatatnya dengan cara menempa emas itu setelah ia membeku.

Emas yang dihasilkan dengan kaedah ini biasanya terdapat beberapa kekurangan, diantaranya seperti bentuk yang tidak sekata, berat sebenar berbeza dengan yang dicatatkan dan kualiti ketulenannya menepati sebagaimana yang dicatatkan padanya.

Di malaysia, kebanyakan emas jenis ini adalah emas keluaran Switzerland dengan hallmark PAMP Suisse, dan ia juga popular dengan nama PAMP Suisse pink certificate.

Disebabkan beberapa kekurangan yang ada pada emas dari jenis ini, jika anda membelinya dari peniaga kecil-kecilan atau orang perseorangan, mereka akan menjualnya dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran di kedai emas

Tapi kalau anda beli di kedai emas, harganya sama sahaja dengan harga emas-emas lain yang dijual mereka.

Kebiasaan yang berlaku, kualiti ketulenan emas jenis ini hanya setakat 22 karat sahaja, walaupun pada Certificate nya dicatatkan ketulenan 24 karat, dan ia juga ia dijual dengan harga 24 karat.

Kalau anda ada memiliki emas dari jenis ini, segera lakukan ujian ketulenannya ya..!

b) Kaedah Tempaan (Mint)

Kandungan emas dalam jongkong asalnya tidak 100% sempurna kerana ia pasti mengandungi sedikit benda asing lain ketika ia melalui proses peleburan, dan ini menyebabkan kualitinya sedikit berkurang.

Untuk menghasilkan bar emas yang lebih kecil, jongkong tersebut akan dilebur semula dan selepas itu ianya akan melalui proses penyaringan untuk menentukan peratus kandungan emas tersebut.

999 merujuk kepada peratus kandungan emasnya sebanyak 99.9%, manakala 916 merujuk kepada peratus kandungan emasnya sebanyak 91.6% dan seterusnya.

Friday, July 20, 2012

Teknik-Teknik Pelaburan Emas

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca budiman sekelian,di sini saya ingin berkongsi teknik melabur dalam pelaburan emas yg di sampaikan oleh Master Mohd Faizan Dasuki dalam Seminar Pelaburan Emas & Perak di Public Gold ,antaranya:


Buat Pinjaman Beli Emas


Bonus istimewa sempena kenaikan gaji kakitangan awam, strategi mengoptimumkan keuntungan dari pelaburan Emas menggunakan modal dari pinjaman peribadi.

TIPS PENTING

1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.

2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.


STRATEGI PELABURAN

Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.


1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.

2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.

3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.

  • RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.

  • Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.

5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
  • 2009 - RM450
  • 2010 - RM550
  • 2011 - RM650
6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar. Pengiraan jumlah bayaran balik :
  • Tahun 2009 - 96 x RM450 = RM43,200
  • Tahun 2010 - 96 x RM550 = RM52,800
  • Tahun 2011 - 96 x RM650 = RM62,400

  • JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.
  • BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.
  • JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.
  • JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping - 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.
  • 212 Keping x RM735 Harga Dinar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.

  • RM155,820 - RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.


Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!


Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI. Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.


Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.


Jika anda rasakan Strategi saya ini membantu, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di rangkaian saya untuk mendapatkan pelbagai tips PERCUMA dari saya serta bimbingan intensif untuk anda berjaya dalam pelaburan Emas.

Tuesday, July 17, 2012

ZAKAT PERAK

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak


Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)Maksudnya:"Pada perak (zakatnya) 1/40...". 

(Riwayat Al-Bukhari)

Contoh pengiraan zakat perak


Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
=  15.50

Rujukan : www.zakat.com.my

ZAKAT EMAS

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Rujukan : www.zakat.com.my


Perbezaan Harga Emas / Perak Antara Jenama / Pengeluar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Alhamdulillah , dikesempatan yang di izinNya saya masih berpeluang berkongsi ilmu yang mana ilmu ini hak mutlak Allah Taala.Beberapa hari yang lepas seorang sahabat kita meninggalkan satu komen pertanyaan :
Kenapa harga dirham contohnya 10 dirham berbeza dengan agak ketara (lebih 1/2 53%) bagi keluaran Kelantan Golden Trade berharga RM250 berbanding dengan Public Gold RM120, sedangkan bagi 1 Dinar KTG RM772 PG RM716 (beza 7%)?
Boleh saudara jelaskan…
Baiklah , sebelum ini saya pernah menerangkan serba ringkas kenapa Harga 1 Dinar Berbeza ? , mungkin sahabat yang bertanya terlepas artikel tersebut atau pun tidak menemui artikel tersebut.
Sebenarnya harga emas dan perak fizikal tidak mempunyai harga siling, tiada penetapan harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga lantai atau harga minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah-rubah. Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot adalah laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.
Dalam penetuan harga emas dan perak fizikal beberapa faktor diambil kira oleh syarikat pengeluaran emas, antara faktor yang perlu diambil kira adalah beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Kos Buruh, Kos untuk memastikan keselamatan dan lain-lain kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas/perak fizikal tersebut disamping % kadar keuntungan. Bagi syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran dan modal yang besar, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.
Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi, faktor inilah yang akan menentukan harga emas dipasaran.

KELEBIHAN MENJADI CUSTOMER PUBLIC GOLD




1.Mendapat komisen daripada Public Gold

 Bila membeli emas akan diberi komisen mengikut pangkat :
  • a) Master dealer public gold – dapat 2%
  • b) Priority dealer – dapat 1.5%
  • c) New dealer dapat 1.0%
2.Bila menjual emas kepada Public Gold.Semua peringkat dealer akan mendapat komisen 0.5%

3. Mendapat komisen percuma free tanpa berkerja atau tanpa membeliemas.Bila rekrut atau dealer dibawah kita
    membeli emas, kita akan mendapat komisen mengikut pangkat dealer kita.

Contohnya,jika kita berpangkat Master dealer, kita akan mendapat komisen 0.5 daripada Prioriti dealer dibawah kita dan 1.0% daripada new dealer.Jika kita berpangkat priority dealer,kita akan mendapat 0.5% apabila new dealer dibawah kita membeli emas.

4.Mendapat kuntungan daripada kenaikan harga emas dan berniaga emasjongkong,syiling dinar,jongkong siver,syiling
   dirham dan barang kemas jewellery.Emas semakin tinggi nilainya sedangkan wang semakin rendah nilainya, jadi fikirkan
   mahu simpan emas atau wang…

5.Mendapat keuntungan daripada perniagaan emas iaitu apabila rakan atau kenalaan ingin membeli emas atau menjual
   emas.

Saturday, July 14, 2012

Harga Emas Naik atau Turun

Harga Emas naik atau turun, ia tidak pernah memuaskan semua orang..

Realitinya,
yang gembira bila harganya turun cuma org yg belum membeli dan berhasrat ingin mula membeli..tetapi sebaliknya bagi org yg telah membelinya sebelum ini..

Dan begitu juga bila harganya naik, ia hanya menggembirakan org yg telah membeli sebelum ini, tetapi sebaliknya bagi mereka yang masih belum membeli dan berhasrat ingin mula membeli..

Sebenarnya,
Yang perlu dilakukan adalah memulakan saja belian, lalu bersedia dengan rancangan tindakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan, samaada kenaikan atau penurunan..

Lalu jika harganya terus naik selepas membeli, kita tidak akan rasa bersalah kerana membeli terlalu sedikit..
dan jika harganya turun pula kita tidak akan menyalahkan sesiapa kerana mencadangkan kepada kita agar segera membeli..

Tidak disyaratkan jika ingin meraih untung perlu membeli hanya ketika harganya rendah..
Yang disyaratkan untuk keuntungan hanyalah memastikan harga jualannya nanti lebih tinggi berbanding harga beliannya sebelum ini..

Walaupun belian sebelum ini pada harga yang tinggi, ia pasti akan tetap menguntungkan jika dijual semula pada pada ketika harganya naik lebih tinggi..

Ramai org membeli ketika harganya rendah, tapi tidak pernah menjualkannya bila harganya naik lebih tinggi, sehingga harganya telah turun dan naik beberapa kali pada paras yang sama dengan belian yang dikatakannya rendah itu...

Hakikatnya,
Hanya dengan tindakan "beli sekarang" yg akan menghilangkan kegelisahan dan teka teki naik turun harga Emas minggu depan..
dan hanya dgn memiliki ilmu pelaburan sahaja yang akan membantu persiapan diri dgn perancangan tindakan, tidak kira apa saja kemungkinan pergerakannya..

Kalau 2-3 tahun yang lalu, Pelabur Emas kerugian kerana tiada pendedahan dan kekurangan ilmu, masalah itu tidak harus wujud lg sekarang ini..
Kerana byk medium pembelajaran yg disediakan, dari E-Book, seminar dan bengkel sehinggalah penghasilan DVD pembelajaran interaktif seperti  dan "Ikon Emas".

Dan, kalau masih ada yg rugi kerana tiada ilmu pelaburan, ianya memang sangat wajar..
kerana ia adalah pilihan mereka sendiri yang terlalu sayang untuk membuat pelaburan bagi mendapatkan ilmu pelaburan..

Sehinggakan 'kerugian' juga turut sayang kepadanya dan tidak ingin berpisah dengannya.. ; )

Wednesday, July 11, 2012

FATWA : Skim Pelaburan Emas Genneva Syariah Malaysia Tidak Menepati Hukum Syara'


Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.

Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.

Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.