Monday, September 10, 2012

PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL


TEKNIK  : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan

Friday, September 7, 2012

Panduan Menetapkan Peratus Keuntungan Pelaburan Emas


  • Layari laman web : goldprice.org
  • Perhatikan pada paparan terkini “Gold Price % Annual Change”
  • Lihat pada % purata kenaikan tahunan Harga Emas
  • Pada paparan diatas, average tahunan harga emas adalah 17.5%, jumlah ini perlu dibahagi 3
  • Contoh : 17.5% / 3 = 5.8%
  • So, 5.8% adalah peratus sasaran keuntungan yang realistik untuk dicapai bagi Pelaburan Emas anda pada ketika ini, untuk memudahkan pengiraan saya genapkan Peratus Keuntungan Realistik kepada 5%
Kemudian, anda perlu ketahui berapa peratus Spread produk emas yang anda beli dan campurkan dengan peratus sasaran keuntungan yang realistik untuk dicapai.
  • Contohnya : Spread Produk 8% + Peratus Keuntungan Realistik 5% = Kenaikan Harga Emas Yang Diperlukan 13%
  • Bermakna, untuk anda meraih keuntungan bersih sebanyak 5% ianya memerlukan kenaikan harga emas sebanyak 13%
  • Disinilah pentingnya pemilihan spread produk yang paling rendah sebagai produk pilihan pelaburan anda
  • Bandingkan jika saya memilih produk emas dengan spread hanya 2% + 5% = 7%. Bermakna saya hanya memerlukan kenaikan harga Emas sebanyak 7% sahaja, dan ketika itu saya telah berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak 5%
Perhatikan kenaikan harga emas sebanyak 3 kali sejak September 2011 hingga sekarang ini, dan bandingkan dengan dua situasi ini :
  • Si A membeli produk emas dengan Spread 8% + Peratus Keuntungan 5% = Kenaikan Harga Emas Yang Diperlukan 13%
  • Si B membeli produk emas dengan Spread 2% + Peratus Keuntungan 5% = Kenaikan Harga Emas Yang Diperlukan 7%
Cuba teka siapa yang lebih mempunyai kebarangkalian meraih keuntungan lumayan berdasarkan kenaikan harga sebanyak 3 kali pada paparan graf diatas?
Jawapannya, Si A belum pernah meraih keuntungan walaupun sekali, sedangkan si B telah berjaya meraih keuntungan 5% sebanyak 3 kali.

Kesimpulannya

Menetapkan Peratus Keuntungan Realistik + Memilih Kadar Spread Paling Rendah adalah amat penting dan perlu diberikan keutamaan dalam Pelaburan Emas anda kerana ia ternyata berpengaruh besar dalam aspek untung rugi pelaburan anda.

Sunday, September 2, 2012

SPREAD VS SUSUT NILAI EMAS


“Spread” adalah istilah yang hampir sama dengan Susut Nilai Emas dan biasanya ia dikira dalam bentuk peratus (%).
Ianya merujuk kepada potongan harga yang dikenakan apabila Emas dijual semula kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain.
Perbezaan antara Spread dan Susut Nilai adalah:
Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar
Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas
Apa kaitan Spread dan Pelaburan Emas?
Dalam pelaburan emas, keuntungan dari kenaikan harganya hanya akan diperolehi apabila emas yang dibeli telah dijual semula, bermakna memilih Produk Emas Pelaburan yang mempunyai kadar Spread paling rendah adalah satu ciri yang paling penting dan perlu diutamakan berbanding saiz, berat dan ketulenannya samaada 999 atau 916.
Bagaimana kadar Spread boleh mempengaruhi Pelaburan anda?
2 perkara yang akan memberi kesan kepada pelaburan emas sekiranya anda memilih Produk Emas yang mempunyai kadar Spread yang rendah, iaitu:
1. Keuntungan akan lebih banyak
2. Tempoh meraih keuntungan akan lebih cepat
Bagaimana cara mengira untung dari kenaikan harga Emas berdasarkan spread produk yang dipilih?
Formulanya :
Harga Belian + % Spread + % Keuntungan Sasaran
Kajian Kes 1 :
Si A ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 10%, bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 15% baru beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Tetapi disebabkan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas sepanjang September 2011 hingga Ogos 2012 ini juga sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau masih belum berjaya meraih sebarang keuntungan melainkan beliau membelinya pada harga yang paling rendah, dan menjualnya pada paras yang paling tinggi dimana situasi tersebut adalah amat mustahil dicapai.
Kajian Kes 2 :
Si B ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 3.5%, bermakna beliau hanya perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 8.5% sahaja dan beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Dengan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas dari September 2011 hingga Ogos tahun 2012 sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau telah berjaya membuat 3 kali transaksi Beli-jual, Beli-jual dan Beli-jual dengan setiap satu transaksi memberikan keuntungan sebanyak 5%, bermakna keuntungan bersihnya adalah 15%.
Kesimpulan :
Pastikan anda memilih produk Emas yang paling rendah kadar spread untuk Pelaburan Emas anda.

Saturday, September 1, 2012

Perkhidmatan Gadaian Emas di Public Gold

Public Gold Group, melalui rangkaian syarikatnya iaitu Public Safe turut menyediakan perkhidmatan gadaian emas khusus untuk produk emas Bar,Coin dan Dinar.

Perkhidmatan ini juga adalah diantara kelebihan terbaik yang ditawarkan oleh Public Gold kepada semua Dealer dan ianya boleh dilakukan di semua cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, bermula pada bulan April 2011, hampir se
mua institusi gadaian islam (Ar-Rahnu) di seluruh Malaysia tidak lagi menerima gadaian Emas berbentuk Bar, Coin dan Dinar.

Untuk membuat gadaian emas di Public God, Dealer hanya perlu membawa produk Emas yang ingin digadai ke mana-mana cawangan Public Gold yang berhampiran, dan maklumkan tujuan anda ingi membuat gadaian emas.

Diantara Ciri-ciri Asas Perkhidmatan Ini :

- Memberikan tunai sebanyak 65% dari harga PG Sell untuk setiap satu produk yang dicagarkan.
- Caj simpanan yang dikenakan untuk produk cagaran adalah 0.8% sebulan, dikira dari harga PG Sell ketika produk itu dicagarkan, hanya 0.05% lebih berbanding Gadaian Arrahnu.
- Caj tersebut adalah untuk tempoh 6 bulan sahaja dan caj berbeza akan dikenakan pada bulan ke-7 dan seterusnya jika pinjaman tersebut tidak diperbaharui.
- Tiada tempoh minimum dan maksimum yang dikenakan. Produk Emas anda juga tidak akan dilelong sekiranya ia tidak diselesaikan selepas tempoh 6 bulan tersebut.
- Tips untuk anda, sekiranya anda memerlukan tempoh yang lebih panjang, sila selesaikan dahulu pinjaman ini sebelum masuk bulan ke-7.
- Kemudian anda boleh memohon semula untuk menggunakan perkhidmatan ini serta merta dengan caj 0.8% sebulan bagi tempoh sepanjang 6 bulan yang seterusnya.
Apakah kaitan diantara Pelaburan Emas dengan Gadaian Emas?

Gadaian Emas diperlukan bagi tujuan mendapatkan wang tunai sebagai modal untuk membuat belian tambahan, dimana gabungan diantara keduanya jika diurus dengan baik dan sistematik akan ;

-Mengoptimumkan Keuntungan Pelaburan Anda
-Mempercepatkan Tempoh Masa Meraih Keuntungan
-Merendahkan Risiko Kerugian

Bagaimanakah Cara Terbaik untuk menggunakannya?

Ianya paling efisyen digunakan pada ketika berlakunya penurunan harga emas.

Bagaimanakah Cara Terburuk untuk menggunakannya?

Bila gadaian dan belian semula tidak dirancang dengan baik dan sistematik. Ianya menyebabkan Emas habis digadai, bebanan bayaran upah berterusan dan tiada sebarang keuntungan yang berjaya dicapai.