Wednesday, July 25, 2012

Apa itu Gold Bar?

Emas Bar (Kepingan)

Bar Emas adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil. Ada dua kaedah penghasilannya, iaitu ;

a) Kaedah Tuangan
Jongkong Emas yang dihasilkan dengan kaedah ini juga dinamakan sebagai "Cast Bar". Emas bar ini dibentuk dengan cara menuangkannya ke dalam acuan ketika ia masih panas, setelah itu baru dicatatkan hallmark, kandungan emas serta berat pada bahagian permukaannya sebelum ia membeku, atau ada juga yang mencatatnya dengan cara menempa emas itu setelah ia membeku.

Emas yang dihasilkan dengan kaedah ini biasanya terdapat beberapa kekurangan, diantaranya seperti bentuk yang tidak sekata, berat sebenar berbeza dengan yang dicatatkan dan kualiti ketulenannya menepati sebagaimana yang dicatatkan padanya.

Di malaysia, kebanyakan emas jenis ini adalah emas keluaran Switzerland dengan hallmark PAMP Suisse, dan ia juga popular dengan nama PAMP Suisse pink certificate.

Disebabkan beberapa kekurangan yang ada pada emas dari jenis ini, jika anda membelinya dari peniaga kecil-kecilan atau orang perseorangan, mereka akan menjualnya dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran di kedai emas

Tapi kalau anda beli di kedai emas, harganya sama sahaja dengan harga emas-emas lain yang dijual mereka.

Kebiasaan yang berlaku, kualiti ketulenan emas jenis ini hanya setakat 22 karat sahaja, walaupun pada Certificate nya dicatatkan ketulenan 24 karat, dan ia juga ia dijual dengan harga 24 karat.

Kalau anda ada memiliki emas dari jenis ini, segera lakukan ujian ketulenannya ya..!

b) Kaedah Tempaan (Mint)

Kandungan emas dalam jongkong asalnya tidak 100% sempurna kerana ia pasti mengandungi sedikit benda asing lain ketika ia melalui proses peleburan, dan ini menyebabkan kualitinya sedikit berkurang.

Untuk menghasilkan bar emas yang lebih kecil, jongkong tersebut akan dilebur semula dan selepas itu ianya akan melalui proses penyaringan untuk menentukan peratus kandungan emas tersebut.

999 merujuk kepada peratus kandungan emasnya sebanyak 99.9%, manakala 916 merujuk kepada peratus kandungan emasnya sebanyak 91.6% dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment