Monday, August 6, 2012

Kenapa Amsyiq Gold Tersenarai Dalam Pemantauan Bank Negara?



Bila baru-baru ini BNM mengeluarkan senarai 77 buah syarikat pelaburan emas yang tidak disahkan, ramai yang tertanya-tanya mengapa Amsyiq Gold turut disenaraikan.



Kerana umum telah sedia maklum yang syarikat ini hanya menjalankan perniagaan jual beli emas seperti biasa.
Walaubagaimanapun, saya sendiri sebenarnya telah menjangkakan kemungkinan ini, kerana selain aktiviti jual beli emas, Amsyiq Gold juga turut menawarkan perkhidmatan yang boleh menyebabkan ianya menjadi perhatian pihak berkuasa.
Dari apa yang saya perhatikan, diantara ciri utama yang menyebabkan sesuatu syarikat itu disenaraikan adalah kerana mereka menawarkan pulangan kepada pelanggannya.
Tidak kira apa juga istilah yang digunakan, berapa kali kekerapan ia dibayar samaada secara bulanan atau beberapa bulan sekali, asalkan ianya memberi sebarang pulangan, pasti ia akan menjadi perhatian oleh BNM.
Biasanya, yang menyebabkan sesuatu syarikat itu menjadi perhatian adalah apabila ada pertanyaan mengenai program, perkhidmatan, skim atau apa saja dan yang seangkatan dengannya dari orang awam kepada pihak BNM. Dan sekiranya modus operandi perjalanan sesuatu skim itu dicurigai susur galur perjalanannya, maka ia akan diletakkan dalam senarai pemerhatian BNM.
Sekiranya selepas itu terdapat aduan pelanggan atau peserta yang tertipu atau kerugian, maka barulah mereka akan membuka kertas siasatan dan diperiksa keseluruhan perjalanan aktiviti perniagaannya.
Dan jika terdapat sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang mana biasanya ia akan dikaitkan dengan kesalahan Pemalsuan Kewangan (Financial Fraud).  Diantara ciri-ciri kesalahan dibawah akta ini adalah :
“Get-Rich-Quick” schemes are plans which offers high or unrealistic rates of return for a small amount of investment while at the same time promising that such investment is easy and risk-free. Generally speaking, if the offer is too good to be true, members of the public are advised to be wary and should make an effort to verify the validity of the promised high returns.
Berkaitan dengan aktiviti Amsyiq Gold, mungkin ada diantara 2 perkhidmatan yang ditawarkan ini bercanggah dengan undang-undang BNM.
pelaburanemas.com.my
Baiklah, apapun saya ucapkan semoga Amsyiq Gold dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya dan saya doakan agar perniagaan mereka dapat berjalan semula seperti biasa.

No comments:

Post a Comment