Friday, July 20, 2012

Teknik-Teknik Pelaburan Emas

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca budiman sekelian,di sini saya ingin berkongsi teknik melabur dalam pelaburan emas yg di sampaikan oleh Master Mohd Faizan Dasuki dalam Seminar Pelaburan Emas & Perak di Public Gold ,antaranya:


Buat Pinjaman Beli Emas


Bonus istimewa sempena kenaikan gaji kakitangan awam, strategi mengoptimumkan keuntungan dari pelaburan Emas menggunakan modal dari pinjaman peribadi.

TIPS PENTING

1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.

2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.


STRATEGI PELABURAN

Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.


1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.

2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.

3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.

  • RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.

  • Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.

5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
  • 2009 - RM450
  • 2010 - RM550
  • 2011 - RM650
6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar. Pengiraan jumlah bayaran balik :
  • Tahun 2009 - 96 x RM450 = RM43,200
  • Tahun 2010 - 96 x RM550 = RM52,800
  • Tahun 2011 - 96 x RM650 = RM62,400

  • JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.
  • BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.
  • JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.
  • JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping - 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.
  • 212 Keping x RM735 Harga Dinar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.

  • RM155,820 - RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.


Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!


Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI. Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.


Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.


Jika anda rasakan Strategi saya ini membantu, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di rangkaian saya untuk mendapatkan pelbagai tips PERCUMA dari saya serta bimbingan intensif untuk anda berjaya dalam pelaburan Emas.

Teknik Pelaburan 1 : Memilih Jenis & Berat Emas 

Sebelum anda membeli Emas bagi tujuan simpanan dan pelaburan, adalah amat penting untuk anda mengenalpasti berat dan jenis emas yang hendak dibeli. Sebenarnya, pada saya pemilihan variasi emas ini amat penting dan ianya akan mempengaruhi keuntungan dalam jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Ia juga bergantung kepada faktor sumber asal modal dan tujuan penggunaan pada masa hadapan.

Modal Simpanan

Sekiranya modal yang anda gunakan adalah dari simpanan tunai anda untuk kegunaan masa hadapan, pilihlah variasi berat yang kecil, dimana anda boleh jual emas tersebut untuk mendapatkan sekadar jumlah tunai yang diperlukan sahaja.

Contoh ;

Jika modal simpanan anda berjumlah RM100,000.00, belilah emas 999.9 dalam variasi 10g dan 20g. Tujuannya, sekiranya anda perlukan tunai untuk apa-apa keperluan pada masa hadapan, anda hanya jualkan 1 pc emas 10g sahaja jika tunai yang diperlukan hanya sekitar RM 2,000.00 atau 1 pc emas 20g jika anda perlukan tunai dalam jumlah RM 4,000.00.

Berbanding jika simpanan anda semuanya dalam bentuk 50g dan 100g, sekiranya anda cuma perlukan RM 4,000.00, anda terpaksa menjual emas seberat 50g dan tunai yang anda dapat mungkin sekitar RM 10,000.00. Bermakna ada lebihan RM 6,000.00 yang berkemungkinan besar ia juga akan habis dibelanjakan.

Modal Pinjaman

Ada yang memulakan pelaburan ini menggunakan sumber dari pinjaman tunai, oleh itu pada saya adalah lebih baik dan menguntungkan jika anda menggunakan emas yang dibeli itu sebagai ansuran bayaran balik pinjaman.

Contoh ;

Rujuk jadual bayaran balik pinjaman peribadi dibawah ini, dan katakan anda membuat pinjaman RM 90,000.00 dengan bayaran balik selama 20 tahun sebagai contoh perkiraan.


Dalam jadual bayaran balik diatas, bayaran balik bulanan untuk pinjaman selama 20 tahun adalah kira-kira RM 755.55 sebulan. Jadi, gunakan saja kesemua amaun pinjaman tadi untuk membeli emas dalam bentuk 1 Dinar. Bermakna, setiap bulan jual saja 1 keping Dinar untuk membayar semula pinjaman tadi.

Paling menarik ialah, bulan pertama jual 1 Dinar dapat RM 777.00 (Harga ketika ini) terus bayar semula pinjaman tadi. Bulan kedua, dengan kenaikan nilai Emas jual 1 Dinar dapat pula RM 790.00 dan bayar kesemuanya untuk bayaran balik pinjaman tersebut, bermakna anda sentiasa membayar jumlah yang lebih dari kadar yang sepatutnya, sedangkan jumlah Emas yang anda jual setiap bulan sentiasa sama.

Ini membuatkan pinjaman anda akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat disamping dinar Emas anda masih lagi berbaki dalam simpanan dan ini bermakna anda mendapat dinar Emas itu secara percuma. Justeru, jangan takut meminjam untuk membeli Emas, kerana anda tiada masalah untuk membayar semula pinjaman itu.

Jika pinjaman anda tadi dipotong dari gaji, tunai hasil jualan Dinar tadi ambil sekadar jumlah potongan sahaja untuk anda gunakan bagi menampung semula potongan tadi, selebihnya bayarkan terus kepada bank sebagai bayaran tambahan kepada pinjaman anda tadi.


a) Strategi tanpa membaca graf

    Teknik ini senang dan mudah di buat bagi pelabur yg tidak mau fikir banyak-banyak,serabut kepala dan
    tidak pandai membaca graf.  Pakcik makcik atau pelabur yg pasif hanya perlu membeli emas pelaburan
    di awal tahun kerana biasanya harga awal tahun adalah paras paling rendah bagi tahun tersebut.
     1.Mudah kan? hanya beli di awal tahun dan hanya perlu tengok kalendar
     2.Selepas itu, biasanya hujung tahun dah nampak kenaikannya..
        Misalnya, sekiranya beli  1 dinar emas pada harga hari ini (  RM 740 )
       & hujung tahun harga naik contohnya  sebanyak 9% kepada RM 806.60, tolak dengan spread 6%, 
       anda masih untung lagi 3%..




TEKNIK GADAI EMAS DI ARRAHNU DALAM PELABURAN EMAS FIZIKAL


Teknik gadai emas public gold  di arrahnu dalam pelaburan emas fizikal adalah pinjaman wang arrahnu yang paling mudah, paling banyak dapat wang, paling selamat dan menguntungkan. Ini adalah kerana :
  • a) Pinjaman kita bercagaran emas yang sentiasa meningkat harganya. Purata kenaikan harga emas adalah diantara 20% hingga 40% setahun sedangkan upah simpan emas gadaian adalah antara 8% hingga 10% setahun.
  • b)Kita boleh “overlapped” , perbaharui gadaian atau gadai semula atau tebus emas tanpa menggunakan duit tetapi mendapat untung. Ini keistimewaan pelaburan emas berbanding pelaburan lain. Modal pelaburan emas fizikal akan sentiasa berkembang.
  • c)Jika kita tidak dapat bayar pinjaman gadaian langsung pun..selepas setahun, pihak bank akan melelong dan mengambil pinjaman gadaian tersebut dan upah simpan. Yang selebihnya akan diberikan kepada kita…jadi kita takkan rugi…
  • d)Menambah modal pelaburan emas dengan gadai emas. Gadai emas akan menyebabkan modal kita bertambah lebih 2 kali ganda dari modal sebenar kita iaitu jika kita membeli emas dan jadi dealer dengan modal RM20k dan kita gadai emas sebanyak 3 kali, emas kita akan bertambah menjadi bernilai RM43k  iaitu
RM20k pergi pajak emas akan dapat wang RM12k dan beli emas
RM12k pergi pajak emas lagi dapat RM7.2k dan beli emas lagi
RM7.2k pergi pajak emas lagi dapat RM4.3k dan beli emas lagi
RM4.3k simpan untuk perniagaan emas atau tebus semula di tahun hadapan..

Berdasarkan pengalaman saya dalam pelaburan emas public gold, teknik paling menguntungkan dalam pelaburan emas fizikal dan saya lakukan hingga kini adalah teknik beli emas, gadai emas, beli emas lagi dan lagi. 
Teknik ini amat menguntungkan jika kita adalah dealer Public Gold dan mempunyai modal yang besar kerana kita dapat lebih banyak pusingan menyebabkan kita mendapat lebih komisen dari membeli emas dan menjual emas juga dapat  lebih keuntungan dari kenaikkan harga emas. Kita akan mendapat komisen setiap kali kita membeli emas public gold dan menjual emas.Kenaikkan harga emas yang melebihi 10% setahun menyebabkan kita akan mendapat keuntungan lagi dengan cara gadai semula kerana kos upah simpan di Arrahnu adalah diantara 8% hingga 10% setahun.

Jika kenaikkan harga emas kurang dari 10% kita dapat gadai semula emas kita dengan hanya membayar upah simpan gadai yang sedikit.  Purata kenaikan harga emas adalah 20% hingga 40% setahun. Jadi cuba fikir dan kira keuntungan pelaburan emas  dengan menolak kenaikkan harga dengan kos upah simpan setahun. Jawapannya anda akan dapat untung 20% – 10% = 10% setahun TANPA MENGGUNAKAN MODAL iaitu “money to make money”.Maksubnya kita mendapat keuntungan percuma daripada modal pinjaman wang dari arrahnu.

1 comment:

  1. Get daily ideas and instructions for generating THOUSANDS OF DOLLARS per day ONLINE for FREE.
    CLICK HERE TO DISCOVER

    ReplyDelete