Thursday, December 27, 2012

Di Mana Nak Beli Emas Fizikal Di Malaysia?


Ada beberapa pilihan, diantaranya dari Bank tempatan, dari kedai emas dan dari penjual Emas Bar & Dinar.

Sebelum ini, bank menjadi pilihan utama untuk membeli seperti Kijang Emas di Maybank atau Maple Leaf Gold Coin dari UOB Bank. Tetapi wujud masalah kekurangan stok disebabkan permintaan yang terlalu tinggi untuk produk Emas Fizikal.

Selain itu, ada juga kekurangan dari sudut lain, iaitu produk Emas mereka tidak boleh dibuka pembalut luarnya, dan pada saya ini merupakan satu kekurangan besar kerana:

PEMBALUT TIDAK BOLEH DIBUKA – Anda tidak berpeluang melakukan pengesahan ketulenan emas tersebut, kerana untuk ujian itu pembalut Emas perlu dibuka, dan jika dibuka Bank tidak akan membeli Emas itu semula.


TIDAK BOLEH DIGADAI – Ini juga menyebabkan emas tersebut tidak boleh digadai, kerana proses gadaian memerlukan Emas tersebut melalui ujian pengesahan ketulenan.

Begitu juga jika anda membeli dari kedai Emas, selain 2 kekurangan diatas, membeli dari kedai Emas juga ada kekurangan tambahan yang lain seperti:

SUSUT NILAI - Spread belian balik yang ditawarkan sangat tinggi, sekitar 25-30%.


HARGA TIDAK SELARAS – Harga mereka tidak selaras dengan harga Emas di pasaran antarabangsa, dan ini akan menyebabkan berlakunya situasi dimana ketika harga Emas antarabangsa turun rendah, tetapi harga mereka tetap kekal tinggi.

Bermakna pembeli akan teraniaya, dan situasi ini memang benar-benar berlaku sejak harga Emas turun pada bulan September 2011 mencecah paras sehingga RM16x segram, tetapi harga mereka tetap berada sekitar RM195 – RM210 segram.

Saya sendiri telah melalui pengalaman membeli emas dari Kedai Emas ketika pertama kali membeli Emas Fizikal sebagai Pelaburan pertama saya, dan kekurangan diatas adalah hasil pengalaman yang saya lalui sendiri.

Setakat ini, saya membeli emas dan perak fizikal daripada Public Gold dan ciri2 serta kemudahan yang disediakan masih lagi yang terbaik dengan kemaskini harga yang selaras dgn harga emas dan perak antarabangsa dan kadar susut nilai produk emas yang terendah di Malaysia.

Friday, December 21, 2012

2 Jenis Ketakutan

Ada 2 jenis ketakutan yg dihadapi oleh Pelabur Emas dan Perak, iaitu;

- ketakutan yg membangun keberanian dan keuntungan.
- ketakutan yg membangun kerugian dan penyesalan.

Kedua2 perasaan ini wujud bila selepas membeli mereka melihat harganya turun lagi.

Lalu kelompok pertama yg takut akan mengalami kerugian, segera memberanikan diri utk membuat belian tambahan pd ketika harganya lebih rendah berbanding belian yg pertama. Hasilnya, bila harga emas naik semula mereka meraih keuntungan berganda.

Kelompok kedua pula bila melihat situasi ini terus merasa cemas, dan takut utk membeli lagi krn bimbang harganya akan terus turun, lalu mereka hanya memerhatikan sahaja sehinggalah harganya naik semula. Dan pada ketika itu, mereka telah kerugian masa penantian yang panjang dan diselubungi penyesalan kerana tidak segera membeli ketika harganya turun rendah tadi.

Mudah2an sahabat2 senua tergolong dlm kelompok pertama ya, kerana kelompok tersebut mengurus rasa takut mereka dgn bijak yg akhirnya membangun keuntungan dan kekayaan kpd mereka..

InsyaAllah..



Saturday, November 24, 2012

EMAS sebagai alat Pelindung Nilai

Tahukah anda mengapa Emas dikatakan sebagai alat Pelindung Nilai atau Hedge against currency/inflation?

Mungkin ramai yang tahu, tetapi tidak ramai yang benar2 faham mengenainya, so saya nak share ilmu ini dengan anda semua.

Sebenarnya, Ia diistilahkan seperti itu kerana sifatnya yang berlawanan antara satu sama lain, atau lebih mudah difahami seperti ini - 

"jika anda ingin memiliki lebih banyak simpanan Emas, maka anda akan kekurangan tunai, dan jika anda ingin mempunyai lebih banyak pertambahan wang, maka anda tidak akan memiliki mempunyai pertambahan Emas..."


Bagaimana ini boleh berlaku?

Ini berlaku disebabkan oleh harga Emas yang sentiasa naik, bermakna anda akan sentiasa memerlukan lebih banyak wang untuk membeli Emas dari masa ke semasa, walaupun Emas yang anda beli tetap sama beratnya.

Sebagai contoh, jika anda mula membeli 1 Dinar Emas setiap bulan sejak tahun 2009, kos yang perlu anda belanjakan untuk membelinya akan terus meningkat bermula dari sekitar RM300 setiap bulan, sehingga mencecah hampir RM800 ketika ini.

So, memang wajar jika nilai simpanan Emas serta harta kekayaan anda juga turut meningkat, kerana kos yang anda belanjakan sebagai simpanan setiap bulan juga turut meningkat!

Bandingkan dengan situasi satu lagi, dimana anda hanya perlu membeli Emas dalam satu jumlah tetap setiap bulan, sebagai contoh RM500 sebulan.

Secara logiknya, anda akan membeli Emas dengan jumlah berat yang semakin berkurang dari masa ke semasa, tetapi kos yang anda belanjakan untuk membelinya tidak bertambah, bererti anda tidak akan terbeban untuknya, dan dalam masa yang sama Nilai Emas itu akan terus bertambah dari masa ke semasa walaupun beratnya terus berkurang!

Kesimpulannya, jika anda memilih untuk memiliki lebih banyak simpanan Emas, bermakna anda telah faham yang anda akan mengalami kekurangan tunai, dan jika anda memilih untuk memiliki lebih banyak simpanan dan keuntungan dalam bentuk tunai, maka anda faham yang ini akan membuatkan berat Emas yang boleh dibeli akan semakin berkurang, dan situasi ini normal kerana ini lah sebenarnya yang dikatakan "Hedge Against Inflation"!

Tapi sebelum itu, ada sesuatu yang perlu anda perhalusi daripada 2 situasi diatas, iaitu:

Situasi A
Anda akan memiliki lebih banyak Emas, lebih banyak harta dan simpanan dengan cara memaksakan diri agar terus meningkatkan jumlah simpanan setiap bulan, dan ini juga bererti anda harus terus menerus bekerja lebih keras. Bekerja semakin kuat dan berbelanja semakin jimat.

Situasi B
Anda tidak memiliki peningkatan jumlah berat Emas yang konsisten setiap bulan, kerana anda hanya membeli Emas dengan peruntukan tetap RM500 setiap bulan. Tetapi, anda masih terus konsisten membeli dan membuat simpanan Emas, kerana dalam masa yang sama, walaupun berat gram Emas yang dibeli semakin berkurang, tetapi Nilainya semakin meningkat, tanpa anda perlu meningkatkan kos perbelanjaan bulanan, bererti bebanan anda tetap sama, perbelanjaan anda masih sama, waktu bekerja juga masih sama, tetapi kekayaan akan terus berganda!

Inilah Pelaburan, dan inilah yang dinamakan "Money makes money..."

So, pada pandangan anda, situasi yang mana yang lebih santai ya...? : )

Robert Kiyosaki said - Dont save currency, hedge it with Real Money...

Saturday, November 17, 2012

Tai Fook


Salam Hormat buat warga dan bakal Pelabur Emas 
Dimaklumkan bahawa terdapat produk baru dalam barisan jongkong Emas keluaran Public Gold yang digelar ‘Tai Fook’.
‘Tai Fook‘ merupakan istilah dalam bahasa Cina yang bererti Kemakmuran Hebat (Great Prosperity). Rekabentuk ‘Tai Fook’ ini amatlah cantik dan bagi saya inilah corak logam Emas yang paling menawan yang pernah saya lihat sebelum ini. Perhatikan ukiran timbul berlambang Naga (Dragon) pada muka belakang jongkong tersebut.
Dalam siri ‘Tai Fook’ ini, terdapat 3 jenis saiz iaitu 20g, 50g dan 100g. Semuanya berketulenan 999.9.

Jongkong Emas Tai Fook 100g (pandangan depan)

Jongkong Emas Tai Fook 100g (pandangan belakang)
Harganya? Boleh lihat di sini untuk harga terkini yang dikemaskini setiap 20 minit berkadaran langsung dengan harga pasaran antarabangsa (kitco.com) : http://bit.ly/UqB7Y9
Ini adalah contoh harga ‘Tai Fook’ yang saya cerap hari ini:
Yang hendak beli jongkong Emas siri ‘Tai Fook’ ini, boleh berbuat demikian di sini: http://bit.ly/UqB7Y9
Setelah login masuk, kita akan dapati produk ‘Tai Fook’ ini sudah berada dalam senarai untuk kita buat belian dalam talian (online lock order). Pada ketika blog ini diterbitkan, saya dimaklumkan oleh pihak pemasaran Public Gold, produk akan berada di cawangan pada awal bulan depan iaitu Disember 2012, tapi sekarang sudah boleh mula buat pesanan :) .
Senarai produk 'Tai Fook' dalam halaman pesanan Public Gold
Ada yang bertanya kepada saya kenapa ‘spread’ harga bagi siri ‘Tai Fook’ ini tinggi iaitu 8% (spread PG Gold Bar 999.9 yang biasa antara 4.5%-6%)? Pandangan peribadi saya adalah kerana ini merupakan suatu siri keluaran Khas. Rekabentuknya pula adala 3D serta ukiran tempa bentuk naga tersebut amatlah cantik. Sudah tentu selain kos bagi Rekabentuk(Design), peralatan dan x juga merupakan faktor yang menyumbang kepada premium  siri ‘Tai Fook’ ini. Produk yang seperti ini amat sesuai sebagai koleksi penyimpan (collectors’ item). Saya pernah juga perhatikan harga untuk produk seumpama ini yang dijual di pasaran, harganya adalah berganda mahalnya dan tiada pula platform yang kita boleh jual untuk dapat harga Jualan yang terbaik. Tidak dinafikan juga, dengan adanya siri ‘Tai Fook’ ini, ia bakal menarik minat pasaran antarabangsa seperti China, Taiwan, Korea dan Singapura.
Siri ‘Tai Fook’ ini bagi saya merupakan manifestasi kekecewaan Pengasas Public Gold iaitu Dato’ Loius Ng terhadap penglibatan ramai ahli masyarakat Cina di Malaysia yang telah terlibat dengan skim pelaburan Emas yang tidak sah apatah lagi telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Simbol Naga (Dragon) sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat Cina sejak turun-temurun. Ia sering melambangkan kemakmuran, kekuasaan, kekayaan dan kehebatan. Tahun 2012 ini pula mengikut kalendar Cina adalah Tahun naga :) . Maka tidak hairanlah, siri ‘Tai Fook’ ini dirumuskan khusus buat kaum Tionghua. Amat sesuai dijadikan hadiah perkahwinan, hadiah hari jadi untuk insan yang lebih berumur, kesyukuran, mahupun apa jua acara bagi menzahirkan rasa penghargaan dan kasih sayang buat insan yang bermakna dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, ‘Tai Fook‘ ini bertepatan dengan tema tahun Kekayaan 2013 yang juga merupakan tahun mencabar untuk ekonomi global.
Bagi yang pandai membaca tulisan Cina, kalian boleh layan poster ‘Tai Fook’ oleh Public Gold :)

Wednesday, November 7, 2012

Emas & Perak sebagai Kalis Inflasi

Apa yg dimaksudkan dgn Emas dan Perak sebagai kalis inflasi?

Kalis Inflasi adalah bila peratus pulangan atau kenaikan nilai yg diraih daripada sesuatu pelaburan itu melebihi kadar peratus inflasi.

Sebagai contoh katakan kadar inflasi purata tahunan di Malaysia adalah 6%+ zakat pendapatan 2.5% bermakna jumlahnya 8.5%.

Disebabkan purata tahunan kenaikan harga Emas bg tempoh 10 tahun ini adalah 17%, jadi 17% - 8.5% = 9%.

Bermakna dengan menukar simpanan yg ada di mana2 akaun Pelaburan yg ada di Malaysia kepada simpanan dan pelaburan Emas fizikal, anda telah berjaya melindungi penyusutan kuasa beli anda sebanyak 6%, berjaya membantu para fakir miskin sebanyak 2.5%, dan bukan setakat itu sahaja, bahkan anda berjaya meningkatkan kekayaan anda sebanyak 9% pula.

Semoga dgn penjelasan ini dpt mencetuskan satu transformasi kpd seluruh rakyat Malaysia utk membuat pilihan yg lebih waja

Saturday, November 3, 2012

Apa perlu buat bila harga emas turun?

Saya nak share satu rahsia kpd sesiapa yg sedang menghadapi situasi ini;

Sebelum ni dah beli emas, dan tiba-tiba sekarang harga emas turun lebih rendah berbanding harga beliannya sebelum ini..

Ramai yang panik bila berhadapan dengan situasi seperti ini terutamanya yang baru pertama kali membeli..

So hanya ada 2 tindakan yang boleh anda lakukan:

1. Buat belian kali kedua pada paras harga yang lebih rendah tadi, dan bila harga emas naik semula ke paras harga yg sama seperti belian kali pertama, anda boleh jualkan terus emas yang dibeli kali kedua dan nikmati keuntungannya...

Contoh:

Katakan anda beli Emas 1 Dinar sebelum ini pada harga RM760 sekeping...Tiba2 harga emas turun dan menjadikan harga untuk 1 Dinar sekarang RM700 sekeping...

So, anda perlu buat belian kali kedua semasa harga 1 Dinar RM700 , dan bila harga emas naik semula sehingga menjadikan harga 1 Dinar mencecah RM760 semula, anda dah pun untung Dinar yang dibeli kali kedua tadi dan boleh lah jualkannya..

Dan selepas itu anda hanya perlu perhatikan pergerakan harga emas seterusnya, jika ia terus naik boleh lah jualkan Dinar yang anda beli kali pertama tadi...tapi kalau sebaliknya, anda hanya perlu ulangi langkah seperti diatas dan selamat menikmati keuntungan berulangkali...

Sepanjang tahun 2012 ini, pergerakan harga emas seperti diatas telah berlaku sebanyak 3 kali.....bermakna walaupun kali pertama tadi anda membeli semasa harga emas berada di puncak yg paling mahal sekalipun, anda masih boleh meraih keuntungan sekitar 14-15% dengan mudah tanpa perlu menjual emas yang dibeli kali pertama tadi...


Tindakan yang kedua pula...

2. Tunggu dan lihat sahaja, dan banyakkanlah berdoa moga-moga harga emas naik segera supaya anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menjualkannya...

Hasil dari kajian kes saya berdasarkan pergerakan harga emas pada tahun ini, tindakan yang pertama telah terbukti berulangkali menguntungkan, manakala tindakan yang kedua pula telah terbukti merugikan...

baik kerugian dari segi upah simpan emas di arrahnu yg perlu ditanggung setiap bulan, mahupun kerugian dari segi masa yg berlalu begitu sahaja tanpa anda meraih sebarang keuntungan...

Ini adalah salah satu kaedah yang membuatkan saya meraih keuntungan hampir 20% sepanjang tahun 2012.

so bagi saya kaedah ini sangat efisyen dan telah terbukti lebih baik berbanding kaedah2 lain yg rata2nya membuatkan pelabur kerugian pada tahun ini.

Wednesday, October 31, 2012

Risiko Pelaburan Akaun Emas

Ada 3 Risiko Pelaburan Akaun Emas:

TIADA PERLINDUNGAN - Ia tidak dilindungi oleh PIDM, sebarang kerugian tidak kira disebabkan oleh faktor apa pun, anda tidak berhak membuat apa-apa tuntutan kerugian.

HARGANYA TIDAK SELARAS - Harganya tidak selaras dengan pergerakan harga Emas Antarabangsa dan penetapan harganya juga tertakluk kepada budi bicara pihak bank, bermakna anda jangan hairan jika ketik
a harga Emas turun, tetapi anda tetap membeli dengan harga yang mahal kerana ia tertakluk kepada pihak bank.

RISIKO RUGI 100% - Keuntungan & kerugian anda bergantung sepenuhnya kepada naik dan turun harga Emas. Sekiranya ditakdirkan berlaku Bencana Ekonomi sehingga menyebabkan operasi bank dihentikan, anda tiada apa-apa lagi untuk digunakan sebagai medium bayaran untuk mendapatkan barangan keperluan.

Berbanding sekiranya anda memiliki Emas Fizikal di tangan, mungkin risiko kerugian yang akan dihadapi sekiranya syarikat penjual asal Emas itu ditutup hanya sekitar 20-30% susut nilai kerana menjualnya kepada pihak lain.

Pertimbangkan kewajarannya, mana yang lebih berbaloi.

Monday, October 29, 2012

Public Gold BEBAS

Alhamdulillah, 'Public Gold' bukan syarikat skim cepat kaya tapi syarikat yang mampu mengelak anda terus miskin dek terlampau percaya pada matawang fiat.

Hari ini Public Gold sudah dihilangkan dalam senarai syarikat "was-was" oleh Bank Negara Malaysia. Buktinya di :

http://www.bnm.gov.my/documents/2012/291012_FCA_en.pdf

Sila check.

TQ

Thursday, October 11, 2012

#ChurpChurp 's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

#ChurpChurp 's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

Kajian kes:Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas


Antara pandangan orang ramai:
-Ramai individu  yang mula-mula menjinakkan diri dalam pelaburan emas bersikap tidak sabar dalam mengaut keuntungan. Mereka tidak seharusnya bersikap sebegini rupa kerana setiap pelaburan atau perniagaan tidak akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata.
-Mungkin juga mempengaruhi soal keselamatan. Lebih ramai yang senang dengan membawa wang kertas atau kad ATM daripada membawa emas. Tetapi sebenarnya masih ramai individu yang tidak didedahkan dengan perbezaan untung/rugi antara simpanan wang kertas atau emas.
-Faktor seterusnya adalah,pihak kerajaan sendiri tidak meyuntik semangat atau idea penyimpanan emas kepada masyarakat.Kempen dan seminar,baik di internet atau tempat awam dapat menyedarkan ramai orang tentang pentingnya emas pada masa sekarang dan juga masa untuk depan.

- Selain itu, penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam pelaburan emas ialah kurangnya pengetahuan orang ramai tentang sejarah emas,wang kertas, kenapa harga emas naik/turun, dan sebab emas adalah nilai pelaburan yang akan selalu bernilai di masa hadapan.
-Tidak dinafikan juga, ramai orang yang membeli emas hanya sebagai hiasan semata-mata atau hadiah kepada orang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah menukarkan fikiran sebegini kepada pelaburan.
-Sikap sesetengah individu yang susah untuk menerima sesuatu yang baru dan suka mendengar spekulasi yang tidak berasas dan kurang sifat ingin tahu. Ia mengambil masa untuk menyemai pelaburan baru ini di sini.

-Ada juga yang berpendapat bahawa ramai orang seperti disihirkan (bermaksud mata melihat, tapi hati dipejam). Sihir yang dikatakan adalah bermaksud “sihir” ini ditiupkan menyebabkan orang ramai nampak wang kertas yang dicetak 3-6 sen sekeping oleh kerajaan itu berharga daripada nilai yang ada pada emas.
- Juga,kalau dilihat dari segi dasar kerajaan,perbandingan antara dasar China dan Malaysia dalam menggalakkan rakyat memiliki dan menyimpan emas. Jikalau kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagaimana kerajaan China,dasar buta huruf dalam pelaburan emas ini boleh dikecilkan skalanya.

-Bukan setakat simpanan dan pelaburan emas sahaja masyarakat kita terutamanya bangsa melayu agak ketinggalan.Secara umum.. Masyarakat kita agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan kertas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen.. Contohnya.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding fakta sebenar.. Ini kita dapat perhatikan dengan pelbagai skim yg disertai oleh ramai org.. Ditambah dengan penyakit ingin mendapat pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita yang takut utk mengambil risiko juga menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati keuntungan sebenar.. Dan rata rata pula, mereka mula menyimpan atau melabur pd saat pasaran berada pd tahap tinggi.. Ini disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg akhirnya menyebabkan mereka masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.. Berkaitan dengan jaminan kerajaan. Sekali lagi isu risiko yg tidak difahami dgn betul oleh masyarakat kita.. Kes ini suka sy bwk kn ttg apa terjadi pd kerajaan selangor, penang dan kedah.. Bagaimana yg dikatakan kerajaan terdahulu terjamin dan menjamin rakyat sedangkan kekuasaan itu sudah pn bertukar? Bagaimana yg dikatakan sesuatu produk itu dijamin kerajaan? Bukan di sini sy mempertikaikan mn2 kerajaan.. Tetapi, point sy adalah, setiap apa pn perbuatan kita ada risiko.. Persoalan yg perlu di jawab adalah.. Sejauh mana kita boleh bertoleransi dengan risiko risiko yg ade.. Soal ilmu juga tidak dapat dipisahkan.. Sudahlah sikap mengikut sentimen.. Utk mendapatkan ilmu pula berkira.. Kalo bleh.. Setiap ilmu yg diperlukan.. Mesti diberi PERCUMA.. Iya PERCUMA.. agak menyedihkan lagi.. Sudah la ia PERCUMA.. Amalannya pula diragui.. Ahirnya.. Drpd bersusah payah membaca dan menimba ilmu.. Lebih baik dengar2 ckp “mereka” lalu ambil tindakan.. Harap2nya.. Nasihat “mereka” itu memberi manfaat yg baik.

Cara membeli emas dan melabur emas yang betul dan selamat


Pelaburan emas memerlukan cara membeli emas dan cara melabur emas atau teknik yang betul dan selamat agar kita dapat memaksimakan kuntungan dalam pelaburan emas fizikal.Sebelum melabur emas atau membeli emas jongkong atau syiling dinar kita mesti memeriksa syarikat terbaik, sah , “spread” (beza harga jual dan beli yang rendah, kemudahan menjual balik dan sbagainya.
Seterusnya anda perlu menggunakan cara teknik yang betul,utama,benar dan selamat seperti di bawah :
1. Hanya Beli Emas Fizikal
Hanya beli emas fizikal yang boleh anda pegang di tangan, iaitu beli emas dapat emas bukan beli emas dapat nombor. Sebab mengapa anda perlu beli emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.
Pertamanya,  ia mengurangkan risiko anda ditipu. Beli emas tetapi tidak dapat emas, hanya dapat lihat nombor-nombor tercetak di atas slip (buku akaun emas / eft dan sebagainya).Entah betul atau tidak emas itu “benar-benar wujud”? Tidak anda ketahui! Jika bank tutup(Tidak mustahil berlaku, malah pernah berlaku).  Apakah yang akan terjadi dengan nombor nombor yang tercatat pada slip akaun simpanan emas anda?.Jadi beli emas fizikal!
Keduanya, ia lebih selamat. Maksud saya, jika apa-apa berlaku kepada ekonomi negara, atau pihak syarikat/bank tempat anda beli emas itu (seperti ditutup). Anda tidak perlu risaukan apa-apa, sebab, emas tersebut masih di tangan anda!  Dan emas, adalah sesuatu yang bernilai! Anda masih boleh menjualnya kepada pihak lain (walaupun anda mungkin rugi sedikit akibat perbezaan spread yang besar), tetapi anda masih boleh menjualnya!.
Jika suatu hari nanti, negara kita mengalami masalah hyperinflasi dan suasananya menjadi kacau-bilau! Anda mempunyai pilihan untuk berhijrah ke negara jiran denganmembawa emas-emas anda. Kemudian, gadaikan ia disana dan mulakan kehidupan yangbaru! (Seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelarian Vietnam ketika perang dulu!).Berbeza jika anda membawa wang kertas Malaysia  ke luar negara dan cuba tukarkannya dimoney exchanger, ianya mungkin sudah tidak diterima kerana sudah tidak begitu bernilai,ataupun anda hanya akan mendapat nilai yang sangat kecil sahaja. Jadi beli emas fizikal!
Ketiga, Penggandaan wang. Hanya emas fizikal kita boleh buat menggandakan wang atau emas yang paling banyak. Iaitu dengan cara pajak emas di Arrahnu atau bank. Pajak emas paling banyak dapat pinjaman iaitu 65% hingga 80% daripada nilai emas. Jika kita pajak tanah kita di bank hanya dapat 50% daripada nilai tanah sahaja. Kenapa ? Sebabnya pihak bank atau dunia mengetahui emas akan sentiasa meningkat harganya. Jadi beli emas fizkal sekarang.. Dan teknik ini, hanya boleh dilakukan jika anda memiliki dan memegang emas tersebut di tangan anda!.Kalau emas yg jenis dalam buku simpanan bank, memang tak boleh. Jadi belilah emas fizikal!
2. Membeli Emas Hanya Sebahagian Sahaja Daripada Wang Anda.
Walaupun pelaburan emas ini sangat menguntungkan, tetapi, usahlah menjadi terlalu fanatik (atau tamak sebenarnya), dan melaburkan kesemua wang anda kepada emas. Sebaik-baiknya hanya melabur 50% wang anda. Jangan sesekali melupakan hukum pelaburan.. “Don’t put all your eggs in one basket”.. jadi.. berpada-pada lah. Gunakan sebahagian lagi wang anda untuk pelaburan lain seperti tanah, dana amanah atau perniagaan. Tujuan utama yang lain adalah jika harga emas turun, anda boleh lagi membeli jongkong emas agar merendahkan harga emas anda melalui konsep pemurataan harga.
3. Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah
Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..
“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800.  Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula  melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli  kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga”  benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..
“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”
Ada 2 pilihan disini!..
Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.
Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2  bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.
4. Beli Emas Yang Mudah Di jual beli, Tidak Cerewet Dengan Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah
Emas yang tidak cerewet yang saya maksudkan ialah, emas yang tidak jatuh nilainya walaupun sudah tercalar, bengkok, dibuka sampul plastiknya atau sebagainya, tetapi, pihak penjual emas tersebut masih sedia untuk membelinya semula dengan harga yang tinggi!.  Manakala emas yang mudah dijualbeli pula bermaksud, emas tersebut senang dibeli dan dijual semula dimana-mana lokasi kerana terdapat ramai pengedarnya.
Jangan terlalu mudah menjual Semula Emas Anda
Walaupun emas itu boleh dijual semula dengan mudah, tapi saya nasihatkan, seboleh bolehnya,jangan jual emas anda Ini kerana, kemungkinan besar, selepas anda menjual emas anda itu, anda mungkin sudah tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga yang pernah anda beli suatu masa lalu.. ini kerana, harga emas sentiasa meningkat .  Jadi, jika anda ingin menjual emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang betul-betul kukuh mengapa anda perlu menjualnya.  Tetapi, jika anda cuma terdesak nak pakai duit buat sementara waktu! Cara yang lebih baik..adalah dengan memajakkan emas tersebut! Dan bukan menjualnya! Itu lebih baik.
6. Jangan “saja-saja” pajak emas anda
Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab tak ada kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal  membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan. Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh, antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakan emas anda, adalah..
1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda
2. Ingin membeli lebih banyak emas3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.
Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.
Penutup
Itulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, belilah apabila anda sudah cukup duit, beli emas pada harga rendah seperti harga sekarang dan buat pinjaman peribadi untuk beli emas pada masa yang sesuai seperti sekarang.  Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank atau tidak mmbuat pinjaman peribadi. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Gandakan wang dengan membeli emas atau  membuat pinjaman peribadi membeli emas fizikal. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?


Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.
Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?
Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.
Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.
Hanya pergi ke Maybank dan buka akaun Pelaburan Emas Maybank. Harga Jualan merupakan harga yang kita beli. Untuk mendapat keuntungan, kita cuma jual emas yang kita beli berdasarkan harga Pembelian di gambarajah di bawah. Diingatkan, kita tidak perlu memegang emas dalam bentuk fizikal, cuma kita bermain harga pasaran.

Strategi bagi Pelaburan EMAS

Ramai orang – malah mereka yang sering berurusan dengan pelaburan kewangan dan peluang pengurusan wang – sering keliru dengan konsep dan strategi yang terlibat dalam pelaburan  emas. Walau bagaimanapun, ia kekal sebagai jenis pelaburan yang agak popular bagi orang-orang yang mempunyai kepentingan dalam mengikat wang mereka dalam sumber-sumber yang stabil. Jadi, bagaimana boleh anda dengan mudah melabur dalam emas dengan cara yang selamat dan mudah untuk mengurusnya? Dan, lebih penting lagi, mengapa anda akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian? Jawapan kepada soalan-soalan ini sebenarnya agak mudah, dan boleh membawa kepada pemahaman yang jauh lebih baik daripada apa sebenarnya ia bermakna untuk melabur dalam emas. Kemudian, anda hanya akan bergantung kepada pilihan anda sendiri apabila memutuskan sama ada untuk  atau tidak untuk melabur.Pertama sekali, perlu diketahui bahawa pelaburan emas adalah sebenarnya cukup sederhana dan mudah untuk diuruskan. Emas yang diniagakan di beberapa laman web yang berbeza dalam talian, kebanyakannya  direka untuk membuat proses itu berjalan lancar, dan untuk memberi set yang lengkap, dan pilihan menyeluruh  kepada pelaburan anda. Secara umumnya, anda boleh memasukkan  apa-apa jumlah wang yang anda ingin dan membeli jumlah yang hampir tanpa had untuk  emas ini , yang kemudiannya akan disimpan di peti besi yang anda pilih. Dari detik itu, anda akan bebas untuk mengeluarkan emas anda, memindahkan ke bilik kebal bank baru, atau bahkan menjual apabila anda merasakan adalah wajar. Fakta-fakta ini membuat pelaburan  emas dilihat sangat amat mudah dan terurus bagi mereka yang berminat.
Setakat mana yang  anda fikirkan ingin membuat seperti ini pelaburan, ia adalah penting untuk memahami bahawa pelaburan  emas jarang dibuat dengan keuntungan kewangan dalam fikiran. Sebaliknya, mereka biasanya bertujuan pada kestabilan, dan khusus untuk melindungi kekayaan kewangan anda daripada menjadi tertakluk kepada anjakan ekonomi yang sukar kelak.Sekiranya, sebagai contoh, ekonomi yang mata wa ng anda miliki mengalami kemerosotan, anda boleh menjangkakan nilai wang anda kepada kejatuhan, yang bermakna anda secara langsung merasakan kesan kehilangan kekayaan tanpa kehilangan wang sebenarnya. Teori ini adalah untuk mengikat mata wang yang dalam bentuk emas boleh membantu anda untuk mengelakkan perkara ini daripada isu jatuhnya pelaburan anda.
Ini bukan untuk mengatakan bahawa emas sentiasa merupakan pelaburan yang strategik dan berkelebihan selamanya, mahupun begitu, ia semestinya pelaburan yang selamat . Akhirnya, terpulanglah pada diri anda untuk memutuskan sama ada atau tidak untuk melabur dalam  emas berdasarkan keutamaan dan matlamat anda sendiri, dan kekuatan ekonomi negara.

Melabur dalam EMAS


Dalam keraguan tentang bagaimana untuk melabur dalam emas?Dengan peningkatan nilai emas dan populariti, orang ramai yang tidak tahu di mana untuk memulakannya.
Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, jangan risau kerana semestinya anda tidak bersendirian. Satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir separuh daripada pelabur-pelabur  US tidak percaya mereka sudah cukup berpengetahuan tentang logam yang berharga untuk membuat keputusan tentang menambah emas kepada portfolio mereka. Majlis Emas Dunia memaparkan pilihan 5 ini untuk anda bermula:
1.Emas Pertukaran Dana Dagangan (ETF)

Sejak tahun 2004, pelabur-pelabur US telah mampu untuk membeli Dana Dagangan Bursa (ETF) yang disokong oleh emas fizikal melalui akaun broker mereka di bursa saham yang terkawal,seperti saham saham syarikat. Pemilikan saham emas ETF menawarkan para pelabur dengan kenderaan yang mencerminkan prestasi harga bulion emas, ditolak perbelanjaan ETF.Dengan-ETF emas, individu tidak perlu menyimpan emas secara fizikal, jadi tidak perlu menggunakan peti simpanan untuk keselamatan.Jenis emas ETF boleh didapati di pasaran tetapi tidak semua adalah 100 peratus disokong oleh emas fizikal, jadi membaca prospektus dengan berhati-hati dan meminta nasihat daripada penasihat peribadi dapat membantu anda memilih emas dengan cara yang betul.

2.Perlombongan stok emas

Dengan pilihan ini, anda melabur dalam sebuah syarikat perlombongan emas, bukannya bulion emas. Bergantung kepada syarikat, anda mungkin boleh menjana pendapatan daripada dividen. Manakala nilai stok emas telah sejarah berkait rapat dengan harga emas itu sendiri, faktor lain yang boleh menentukan nilai syarikat-syarikat individu. Lebih daripada 300 syarikatperlombongan emas disenaraikan dan didagangkan secara umum di Amerika Syarikat.

3.Rancangan Pengumpulan emas

Serupa dengan rancangan pengumpulan konvensional, sistem ini membolehkan pelabur untuk mengetepikan sejumlah wang yang tetap setiap bulan dalam usaha untuk membeli emas pada hari-hari yang lain. Ini purata kos bantal pelabur dari variasi jangka pendek dalam harga emas. Apabila akaun ditutup, pelabur-pelabur boleh mempunyai satu atau lebih alternatif berikut: menerima ketulan emas atau perhiasan atau hanya menjual emas dengan wang tunai.

4.Emas bar

Jongkong emas terdiri daripada beberapa saiz dan berat.  Terdapat banyak kilang penapisan yang berbeza yang menghasilkan jongkong emas dan kebanyakan syarikat-syarikatyang menjual emas akan menawarkan pelbagai saiz untukmemenuhi pelbagai bajet.

5.Emas syiling

Emas syiling Yang dikeluarkan oleh kerajaan di seluruh dunia,iaitu syiling bulionemas adalah pilihan popular bagi para pelabur. Nilai mereka terutamanya berdasarkan kandungan emas dalam syiling mereka. Syilingbulion berbeza daripada syiling Numismatik atau dipungut, yang dinilai pada ke ketumpatan, reka bentuk dan kemasan daripada kandungan emas mereka.
Di mana untuk membeli: Kedua-dua syiling bulion dan bar emas boleh dibeli dalam talian atau melalui telefon daripadasyarikat-syarikat yang pakar dalam logam berharga.
“Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam emas danmasing-masing boleh memainkan peranan sendiri dalam portfolioanda. ETF, bar atau syiling dan saham perlombongan memilikiboleh dilihat sebagai pelaburan yang saling melengkapi, “kata Juan Carlos Artigas, Global Ketua Penyelidikan Pelaburan di MajlisEmas Dunia.
World Gold Council (www.gold.org) menyediakan maklumat berguna mengenai mengapa, bagaimana dan di mana untuk melabur dalam emas.
Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.Merujuk kepada penasihat kewangan anda sebelum membuatsebarang keputusan pelaburan.

Monday, October 1, 2012

Gadaian Ar-Rahnu Public Gold




Public Gold Group selaku pelopor dan peneraju terbesar platform pelaburan emas dan perak secara fizikal di Malaysia telah bekerjasama dengan Koperasi Dagangan Emas Bhd (KDE) untuk menerima gadaian Emas dan Perak.
Nilai gadaian (Nilai Marhun) adalah berdasarkan harga semasa produk emas dan perak Public Gold pada ketika gadaian dilakukan dan ianya dikira dari harga PG Sell produk tersebut.
Bagi setiap produk emas margin pinjaman tunai yang ditawarkan adalah 70% dari harga PG Sell bagi setiap jenis produk yang digadaikan.
Bagi setiap produk perak pula margin pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak 50% dari harga PG Sell produk yang digadaikan.
Upah simpan bulanan yang dikenakan adalah 1% sebulan, dan tempoh gadaian adalah selama 6 bulan + 2 bulan + 2 bulan.
Ini adalah satu-satunya Arrahnu yang menerima Perak sebagai gadaian, dan tidak mustahil jika selepas ni Public Gold akan mengadakan promosi X-Plan untuk produk Perak pula.

Monday, September 10, 2012

PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL


TEKNIK  : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan

Friday, September 7, 2012

Panduan Menetapkan Peratus Keuntungan Pelaburan Emas


  • Layari laman web : goldprice.org
  • Perhatikan pada paparan terkini “Gold Price % Annual Change”
  • Lihat pada % purata kenaikan tahunan Harga Emas
  • Pada paparan diatas, average tahunan harga emas adalah 17.5%, jumlah ini perlu dibahagi 3
  • Contoh : 17.5% / 3 = 5.8%
  • So, 5.8% adalah peratus sasaran keuntungan yang realistik untuk dicapai bagi Pelaburan Emas anda pada ketika ini, untuk memudahkan pengiraan saya genapkan Peratus Keuntungan Realistik kepada 5%
Kemudian, anda perlu ketahui berapa peratus Spread produk emas yang anda beli dan campurkan dengan peratus sasaran keuntungan yang realistik untuk dicapai.
  • Contohnya : Spread Produk 8% + Peratus Keuntungan Realistik 5% = Kenaikan Harga Emas Yang Diperlukan 13%
  • Bermakna, untuk anda meraih keuntungan bersih sebanyak 5% ianya memerlukan kenaikan harga emas sebanyak 13%
  • Disinilah pentingnya pemilihan spread produk yang paling rendah sebagai produk pilihan pelaburan anda
  • Bandingkan jika saya memilih produk emas dengan spread hanya 2% + 5% = 7%. Bermakna saya hanya memerlukan kenaikan harga Emas sebanyak 7% sahaja, dan ketika itu saya telah berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak 5%
Perhatikan kenaikan harga emas sebanyak 3 kali sejak September 2011 hingga sekarang ini, dan bandingkan dengan dua situasi ini :
  • Si A membeli produk emas dengan Spread 8% + Peratus Keuntungan 5% = Kenaikan Harga Emas Yang Diperlukan 13%
  • Si B membeli produk emas dengan Spread 2% + Peratus Keuntungan 5% = Kenaikan Harga Emas Yang Diperlukan 7%
Cuba teka siapa yang lebih mempunyai kebarangkalian meraih keuntungan lumayan berdasarkan kenaikan harga sebanyak 3 kali pada paparan graf diatas?
Jawapannya, Si A belum pernah meraih keuntungan walaupun sekali, sedangkan si B telah berjaya meraih keuntungan 5% sebanyak 3 kali.

Kesimpulannya

Menetapkan Peratus Keuntungan Realistik + Memilih Kadar Spread Paling Rendah adalah amat penting dan perlu diberikan keutamaan dalam Pelaburan Emas anda kerana ia ternyata berpengaruh besar dalam aspek untung rugi pelaburan anda.

Sunday, September 2, 2012

SPREAD VS SUSUT NILAI EMAS


“Spread” adalah istilah yang hampir sama dengan Susut Nilai Emas dan biasanya ia dikira dalam bentuk peratus (%).
Ianya merujuk kepada potongan harga yang dikenakan apabila Emas dijual semula kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain.
Perbezaan antara Spread dan Susut Nilai adalah:
Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar
Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas
Apa kaitan Spread dan Pelaburan Emas?
Dalam pelaburan emas, keuntungan dari kenaikan harganya hanya akan diperolehi apabila emas yang dibeli telah dijual semula, bermakna memilih Produk Emas Pelaburan yang mempunyai kadar Spread paling rendah adalah satu ciri yang paling penting dan perlu diutamakan berbanding saiz, berat dan ketulenannya samaada 999 atau 916.
Bagaimana kadar Spread boleh mempengaruhi Pelaburan anda?
2 perkara yang akan memberi kesan kepada pelaburan emas sekiranya anda memilih Produk Emas yang mempunyai kadar Spread yang rendah, iaitu:
1. Keuntungan akan lebih banyak
2. Tempoh meraih keuntungan akan lebih cepat
Bagaimana cara mengira untung dari kenaikan harga Emas berdasarkan spread produk yang dipilih?
Formulanya :
Harga Belian + % Spread + % Keuntungan Sasaran
Kajian Kes 1 :
Si A ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 10%, bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 15% baru beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Tetapi disebabkan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas sepanjang September 2011 hingga Ogos 2012 ini juga sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau masih belum berjaya meraih sebarang keuntungan melainkan beliau membelinya pada harga yang paling rendah, dan menjualnya pada paras yang paling tinggi dimana situasi tersebut adalah amat mustahil dicapai.
Kajian Kes 2 :
Si B ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 3.5%, bermakna beliau hanya perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 8.5% sahaja dan beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Dengan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas dari September 2011 hingga Ogos tahun 2012 sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau telah berjaya membuat 3 kali transaksi Beli-jual, Beli-jual dan Beli-jual dengan setiap satu transaksi memberikan keuntungan sebanyak 5%, bermakna keuntungan bersihnya adalah 15%.
Kesimpulan :
Pastikan anda memilih produk Emas yang paling rendah kadar spread untuk Pelaburan Emas anda.