Saturday, November 24, 2012

EMAS sebagai alat Pelindung Nilai

Tahukah anda mengapa Emas dikatakan sebagai alat Pelindung Nilai atau Hedge against currency/inflation?

Mungkin ramai yang tahu, tetapi tidak ramai yang benar2 faham mengenainya, so saya nak share ilmu ini dengan anda semua.

Sebenarnya, Ia diistilahkan seperti itu kerana sifatnya yang berlawanan antara satu sama lain, atau lebih mudah difahami seperti ini - 

"jika anda ingin memiliki lebih banyak simpanan Emas, maka anda akan kekurangan tunai, dan jika anda ingin mempunyai lebih banyak pertambahan wang, maka anda tidak akan memiliki mempunyai pertambahan Emas..."


Bagaimana ini boleh berlaku?

Ini berlaku disebabkan oleh harga Emas yang sentiasa naik, bermakna anda akan sentiasa memerlukan lebih banyak wang untuk membeli Emas dari masa ke semasa, walaupun Emas yang anda beli tetap sama beratnya.

Sebagai contoh, jika anda mula membeli 1 Dinar Emas setiap bulan sejak tahun 2009, kos yang perlu anda belanjakan untuk membelinya akan terus meningkat bermula dari sekitar RM300 setiap bulan, sehingga mencecah hampir RM800 ketika ini.

So, memang wajar jika nilai simpanan Emas serta harta kekayaan anda juga turut meningkat, kerana kos yang anda belanjakan sebagai simpanan setiap bulan juga turut meningkat!

Bandingkan dengan situasi satu lagi, dimana anda hanya perlu membeli Emas dalam satu jumlah tetap setiap bulan, sebagai contoh RM500 sebulan.

Secara logiknya, anda akan membeli Emas dengan jumlah berat yang semakin berkurang dari masa ke semasa, tetapi kos yang anda belanjakan untuk membelinya tidak bertambah, bererti anda tidak akan terbeban untuknya, dan dalam masa yang sama Nilai Emas itu akan terus bertambah dari masa ke semasa walaupun beratnya terus berkurang!

Kesimpulannya, jika anda memilih untuk memiliki lebih banyak simpanan Emas, bermakna anda telah faham yang anda akan mengalami kekurangan tunai, dan jika anda memilih untuk memiliki lebih banyak simpanan dan keuntungan dalam bentuk tunai, maka anda faham yang ini akan membuatkan berat Emas yang boleh dibeli akan semakin berkurang, dan situasi ini normal kerana ini lah sebenarnya yang dikatakan "Hedge Against Inflation"!

Tapi sebelum itu, ada sesuatu yang perlu anda perhalusi daripada 2 situasi diatas, iaitu:

Situasi A
Anda akan memiliki lebih banyak Emas, lebih banyak harta dan simpanan dengan cara memaksakan diri agar terus meningkatkan jumlah simpanan setiap bulan, dan ini juga bererti anda harus terus menerus bekerja lebih keras. Bekerja semakin kuat dan berbelanja semakin jimat.

Situasi B
Anda tidak memiliki peningkatan jumlah berat Emas yang konsisten setiap bulan, kerana anda hanya membeli Emas dengan peruntukan tetap RM500 setiap bulan. Tetapi, anda masih terus konsisten membeli dan membuat simpanan Emas, kerana dalam masa yang sama, walaupun berat gram Emas yang dibeli semakin berkurang, tetapi Nilainya semakin meningkat, tanpa anda perlu meningkatkan kos perbelanjaan bulanan, bererti bebanan anda tetap sama, perbelanjaan anda masih sama, waktu bekerja juga masih sama, tetapi kekayaan akan terus berganda!

Inilah Pelaburan, dan inilah yang dinamakan "Money makes money..."

So, pada pandangan anda, situasi yang mana yang lebih santai ya...? : )

Robert Kiyosaki said - Dont save currency, hedge it with Real Money...

No comments:

Post a Comment