Thursday, June 28, 2012

ADAKAH BERBALOI MEMBUKA BUKU AKAUN PELABURAN / SIMPANAN EMAS DI BANK (GOLD PAPER)?


Kos Pengangkutan Produk PG


(Kos pengangkutan tidak dikenakan sekiranya item yang ditempah diambil di Public Gold Ibu Pejabat di Pulau Pinang)



ItemTransportation Cost For West Malaysia (RM)Transportation Cost For East Malaysia (RM)
Gold Bar 10 grams1020
Gold Bar 20 Grams1020
Gold Bar 50 grams2040
Gold Bar 100 grams3060
Gold Bar 250 grams50100
Gold Coin 50 grams2040
Silver Bar 100 grams1020
Silver Bar 250 grams2040
Silver Bar 500 grams3060
Silver Bar 1000 grams3060
Gold Jewellery Item2040
i-Series 22K Jewellery  5 grams1020
i-Series 22K Jewellery  10 grams1020
i-Series 22K Jewellery  20 grams2040
i-Series 22K Jewellery  50 grams2040
i-Series 22K Jewellery  100 grams2040

KELEBIHAN PELABURAN EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD


KENAPA ANDA PERLU MELABUR EMAS DAN PERAK DENGAN PUBLIC GOLD? 


1. Harga emas dijual pada harga kilang
2. Perbezaan % harga jual (PG Sell) dan harga beli (PG Buy) atau dipanggil "spread" sentiasa rendah dan kekal walaupun harga emas berbeza-beza setiap masa/hari.  Spread bagi goldbar/jongkong emas (emas 999.9) hanya serendah antara  4% hingga 8% mengikut berat/saiz (lagi berat/besar lagi kecil spread), Dinar antara 5% hingga 6%  juga mengikut berat/saiz (lagi berat/besar lagi kecil spread), barang kemas i-serieas 10% untuk semua berat/saiz dan silverbar/jongkong perak antara 12% hingga 15% mengikut berat/saiz (lagi berat/besar lagi kecil spread).3. Emas di pasaran akan mengenakan caj tambahan yang sangat tinggi kerana melibatkan kos workmanship, insuran, untung dan sewa kedai dan sebagainya. Walaubagaimana pun harga yang ditawarkan oleh Public Gold adalah pada harga kilang . Public Gold hanya mengenakan sedikit caj pengangkutan yang amat rendah sekiranya anda membuat tempahan dan mengambil emas/perak tersebut di mana-mana cawangann selain Ibu Pejabatnya di Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri emas / perak di Public Gold P.Pinang, tiada kos pengangkutan dikenakan.

4. Public Gold memberi jaminan belian semua (buy back guarantee) emas/perak keluarannya walau pun harga emas ketika itu tinggi atau rendah. Belum pernah Public Gold menolak untuk membeli semula emas / perak kerana takut rugi ketika pelabur meraih keuntungan.
5. Public Gold juga memberi jaminan belian semula dengan nilai spread / susut nilai yang sama walaupun jongkong emas cacat seperti tercalar, bengkok, terbuka seal/pembalutnya asalkan beratnya masih sama seperti asal. Tiada kos atau spread tambahan dikenakan. Ini adalah kerana Public Gold mempunyai kilang sendiri di Bayan Lepas untuk proses peleburan, pembentukan dan repackaging. Ini berbeza dengan syarikat lain/kedai emas yang terpaksa mengenakan caj atau susut nilai tambahan kerana mereka bergantung kepada pihak ketiga untuk memproses emas terpakai.

6. Bekalan emas dan perak sentiasa ada. Ini memudahkan pelabur membeli emas dan perak bila-bila masa kerana bekalan tidak pernah kehabisan stok.
7. Disertakan dengan sijil ketulinan (Certificate Of Authenticity) bersama-sama emas / perak Public Gold. 

Contoh : Jongkong Emas 100g dengan
 Sijil Ketulenan yang mempunyai nombor siri

8. Public Gold adalah syarikat yang teguh, terkenal dan diyakini pelabur. Public Gold adalah syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas yang diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record.


9. Produk Public Gold mempunyai pelbagai kepelbagaian (variety) emas dan perak dari segi saiz dan bentuk. Ini membolehkan pelabur membuat pelaburan mengikut kesesuaian masing-masing. Kepelbagaian saiz boleh memberi kemudahan kepada pebeli/pelabur yang kurang mampu untuk membeli sedikit-sedikit seperti dinar. Ia juga memberi kemudahan supaya kita dapat menjual balik emas sekadar keperluan dan tidak perlu menjual emas yang berat dan saiznya  besar untuk sekiranya memerlukan sedikit sahaj duit.

 Syiling emas (ketulinan 916 /22 K) merupakan produk emas Public Gold yang terkecil. Beratnya hanya 4.25 gram dan amat sesuai untuk pelaburan secara "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".

10. Pembeli boleh membeli produk Public Gold secara bayaran tunai atau EPP (Easy Payment Purchae) sehingga 4 bulan hingga 6 bulan tanpa faedah (interest). Hanya 0.5% dikenakan sebagai upah pengurusan (administration fee).11. Produk emas dan perak mempunyai permintaan yang tinggi kerana dikenali dan diyakini. Oleh itu ia mudah dijual berbanding produk lain kerana pembeli juga ingin mengetahui kredibiliti sesuatu syarikat sebelum membelinya.12. Pergerakan harga emas dan perak Public Gold adalah berdasarkan kepada pergerakan harga antarabangsa di www.kitco.com . Ini penting bagi pelabur pelabur bergerak secara aktif kerana mereka mengharapkan harga emas akan naik juga apabila harga pasaran antarabangsa naik. Pergerakan harga Public Gold dikemaskini setiap 20 minit sekali kecuali hari cuti di mana harga pasaran antarabangsa juga tidak bergerak.

13. Public Gold menawarkan pelabur menjadi dealer dengan pembelian sekurang-kurangnya RM20 ribu dalam satu resit. Tiada yuran dikenakan dan belian produk tersebut 100% milik anda. Jumlah sebanyak RM20 ribu tersebut  sangat rendah jika dibandingkan anda ingin berniaga emas/perak yang terpaksa menanggung kos membuka /menyewa kedai, gaji pekerja, insuran dan sebagainya. Lagi pun emas yang dibeli dengan jumlah tersebut boleh dijual semula sekiranya anda memerlukan kembali wang. Yang menariknya, setelah menjadi dealer, anda diberi komisyen setiap kali anda membeli dan menjual emas/perak kepada Public Gold tidak kira berapa amaun .
14. Produk Public Gold boleh ditempah secara online selama 24 jam sehari dan 365 hari setahun dan tidak tertakluk kepada waktu perniagaan/pejabat seperti bank atau kedai emas. Sekiranya anda bukan dealer sah Public Gold, anda bolehlah menghubungi saya untuk membeli emas secara "lock" harga melalui sistem online .

15. Emas yang ditempah boleh diambil di cawangan Public Gold berhampiran
16. Rekabentuk (design) produk Public Gold sangat  cantik dan sangat sesuai untuk dijadikan aset/koleksi peribadi serta hadiah kepada sahabat dan orang tersayang. Tidak kurang juga ia sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan. 

Betulkah Emas adalah alternatif portfolio pelaburan ?


Betulkah Emas adalah alternatif portfolio pelaburan? Masih ramai lagi yang takut-takut untuk menjadikan emas sebagai satu pelaburan alternatif, Ini kerana mereka tidak biasa menyimpan emas dan merasa bimbang kehilangan kuasa beli kerana matawang kertas telah ditukarkan ke bentuk Emas.
Sebenarnya sebagaimana kita simpan wang kertas dalam ASB, KWSP, Tabung Haji, Hartanah & Saham, begitu jugalah dengan pelaburan emas. Cuma bezanya wang kita ditukarkan ke dalam bentuk penyimpanan emas.

Apakah kelebihan menyimpan Emas jika dibandingkan dengan pelaburan lain? Jawapannya adalah tengok sendiri grafik dan graf dibawah yang membuktikan prestasi pelaburan Emas sepanjang tahun 2010.
Kenapa Emas1 Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Prestasi Pelaburan Tahun 2010
Lihat sendiri peratusan keuntungan daripada simpanan sepanjang tahun 2010.
* ASB membayar dividen sebanyak 8.75%
* Tabung Haji sebanyak 5.5%
*Bank Rakyat sebanyak 15%
*KWSP sebanyak 5.8%
Cuba tengok peratus kenaikan harga Emas sepanjang tahun 2010,  Alamak 25% . Yang lagi best adalah kenaikan harga perak. Untuk Artikel seterusnya kita bercerita tentang pelaburan Perak pula. Sekarang kita tengok pula graf dibawah.
6mth gold1 Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Graf Harga Emas Dalam Tempoh 6 Bulan
1 year graf1 Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Graf Harga Emas Dalam Tempoh 1 Tahun
5 years graf1 Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Graf Harga Emas Dalam Tempoh 5 Tahun
10 years graf1 Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Graf Harga Emas Dalam Tempoh 10 Tahun
Selain daripada kenaikan harga, Emas juga mempunyai kelebihan tersendiri yang menjadi daya penarik kepada kita untuk menjadikannya Alternatif  Portfolio Pelaburan, antara kelebihan Emas adalah :
  • Mudah disimpan dan dibawa kemana-mana, walaupun dalam saiz yang kecil emas menyimpan nilai yang besar. Contohnya dalam keadaan darurat atau peperangan, simpanan wang kertas sudah tak bernilai dan jika masih bernilai agak susah untuk  dibawa, bayangkan nak bawak keluar RM 300, 000.00. Kalau anda simpan Emas, RM 300,000.00 bersamaaan 2 ketul emas yang beratnya 1 kilo (nilai hari ini). Tak la susah sangat nak bawa keluar dari negara.
  • Emas amat  mudah dicairkan (high liquidity). Kat mana-mana sekalipun dalam dunia ini emas diterima, anda boleh menjual emas pada bila-bila masa tak kira dinegara mana anda berada kerana emas memang diterima dan berharga diseluruh dunia. Bayangkan kalau anda nak jual RM, belum tentu semua negara terima RM.
  • Harga Emas Sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang dan juga mengekalkan kuasa belinya. Sekarang lihat pula grafik dibawah.
dollar vs emas Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Nilai Emas Berbanding Nilai USD
kuasa beli dolar Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Kuasa Beli Dolar Yang Semakin Merosot
Terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri samaada Emas boleh dijadikan Alternatif Portfolio Pelaburan atau pun tidak. Semestinya setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, Buatlah kajian sebelum memilih Emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda. Nasihat saya , “Belilah emas sekarang sebelum terlambat dan buatlah kajian keuntungan hasil daripada pelaburan Emas.

Kenapa patut simpan EMAS ?


Emas merupakan pemengang nilai yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas sentiasa stabil dan kukuh dan menarik perhatian tamadun manusai untuk menyimpan emas. Jika seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman Rasulullah S.A.W, hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar. Ini menunjukkan emas adalah anti inflasi dan merupakan inflasi sifar walaupun tempoh masa lebih 1400 tahun.


gold 300x225 Kenapa Kita Patut Simpan Emas ?


Ini membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas merupakan simpanan yang paling stabil dan kukuh. Kuasa beli emas masih dikekalkan dan inilah kelebihan emas. Walaupun, emas boleh dicetak tanpa hadnya oleh sesebuah negara nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Oleh yang demikian, kekayaan menyimpan dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan kerana ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

Lapan Perkara Menarik Tentang Emas :
  1. Kedudukan emas sangat tinggi nilainya dan merupakan komoditi yang terpenting masyarakat dunia – Pengeluaran emas dari perut bumi adalah sedikit dan tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat dunia.
  2. Jumlah emas di atas muka bumi tidak banyak tetapi beredar di dalam masyarakat ketika ini dan pemilikan emas sentiasa bertukar tangan – Kebanyakan orang yang mampu sahaja memiliki dan menyimpan emas.
  3. Emas adalah wang – Emas memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas yang susut nilainya dan tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
  4. Emas adalah alternatif kepada wang kertas dunia – Wang kertas sentiasa bermasalah kerana dikawal oleh kerajaan dan nilainya boleh turun menjunam apabila berlakunya defisit negara.
  5. Nilai jualan emas tetap kekal dan tidak seperti wang – Nilai wang kertas sepuluh tahun yang lalu tidak akan sama nilainya pada hari ini.
  6. Jikalau emas dipasarkan dipasaran saham, keadaannya sentiasa ‘BULLISH’ kerana nilai harga yang sentiasa naik.
  7. Nilai emas ditentukan oleh pasaran dan tidak dikawal oleh bank pusat (Central Bank); dan
  8. Nilai emas adalah stabil dan tidak dipengaruhi oleh inflasi (zero inflation effect) – Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah sebagai penyimpan nilai yang baik. Nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas yang berada ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Kenapa Harga Emas Di Pasaran Berbeza ?


Mugkin ramai ramai diantara pengunjung blog ini yang tertanya tanya kenapa harga pasaran produk emas yang dijual diblog ini berbeza, bukan anda sahaja tetapi dealer-dealer saya sendiri juga bertanyakan soalan yang sama. Apatah lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pelaburan emas fizikal semestinya berasa pelik dengan perbezaan harga emas yang berada di pasaran.

Sebenarnya harga emas fizikal tidak mempunyai harga Siling, tiada penetapan harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah-rubah. Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot adalah laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

Dalam penetuan harga emas fizikal beberapa faktor diambil kira oleh syarikat pengeluaran emas, antara faktor yang perlu diambil kira adalah beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Kos Buruh, Kos untuk memastikan keselamatan  dan lain-lain kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Bagi syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran dan modal yang besar, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.

Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi, faktor inilah yang akan menentukan harga emas dipasaran.

Perbezaan harga ini tidaklah memberi impak sangat bagi mereka yang menyimpan emas dalam masa yang lama sebagai pelaburan.Jika dilihat kepada trend sekarang banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas dengan berbagai jenama dan ianya perkembangan yang sihat kerana pembeli mempunyai banyak pilihan untuk dibuat. Ada yang menggunakan jenama sendiri seperi emas public goldemas sri ayuemas elagenda dan emas lite gold, dan ada juga yang mengimport emas dari luar negara dan terus menjual tanpa membuat penjenamaan semula.

Sebenarnya terpulang lah kepada pembeli untuk membuat penilaian dan membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan pelaburan masing-masing. Ada syarikat pengeluar yang menjual pada harga murah dan membelinya pada harga murah, ada yang menjualnya pada harga mahal dan membelinya pada harga tinggi, ada yang mengajak pemebli berdartar sebagai dealer dan diberi diskaun serta insentif yang menarik. Ada yang memfokuskan pengeluaran emas untuk sistem dgadaian Ar-rahnu. Setiap syarikat mempunyai strategi pemasaran yang tersendiri bagi menarik hati pembeli membeli produk mereka.

Perbezaan harga jualan dan harga belian (spread) juga menjadi faktor utama yang diambil kira oleh pembeli semasa membeli emas, emas yang dijual pada harga spread yang rendah biasanya menjadi pilihan pembeli yang mahu mengaut keuntungan dalam masa yang singkat, tetapi bagi pelabur jangka masa panjang mereka tidak kisah sangat dengan perbezaan spread yang kecil ini, kerana apa yang penting bagi mereka adalah kesatbilan dan keteguhan syarikat pengeluar emas , ini penting bagi memastikan proses jualan semula emas tidak menghadapi masalah kelak.

Nasihat saya, buatlah pilihan bijak, buat kajian dan penelitian dari setiap aspek sebelum membeli emas dari syarikat pengeluaran bagi memastikan pelaburan wang anda berbaloi dan memberi pulangan yang menarik.

Sunday, June 24, 2012

SCAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pencinta emas sekalian…..

” SCAM - a confidence game or other fraudulent scheme, especially for making a quick profit; swindle. “


Artikel pada kali ini menyentuh psl kompeni SCAM yang menjalankan bisnes bertopengkan emas sedangkan pokok pangkalnya adalah penipu semata2…Secara mudahnya kita kenali dulu apa itu SCAM, FRAUD dan HOAX…SCAM = PENIPUAN, FRAUD = PEMALSUAN dan HOAX = PENIPUAN(LAGI)…

Kali ini kita akan kupas mengenai dua kompeni SCAM ini iaitu :
1. VGMC dan
2. GENNEVA

1. VGMC
Apakah VGMC?
Sekali imbas seperti ia adalah syarikat Richard Branson yang terkenal dengan jenama Virgin atau dalam bahasa Malaysia; DARA. Laman web rasmi adalah www.vgmc.com
Laman Web VGMC
Laman Web VGMC
Apakah VGMC Syarikat Berdaftar?
Jawapannya adalah YA. Ia didaftarkan di Panama iaitu negara syurga mereka yang ingin melarikan diri daripada cukai. Daripada komen dan link yang diberikan, anda boleh rujuk di Sini.
Ia disahkan oleh syarikat lawyer ini:

Presiden VGMC?

Product Terkini Public Gold








Friday, June 22, 2012

Sharing info from my MD..Anda tak PERCAYA?



Berminat ingin tahu lebih lanjut? PM saya 013-2631136 Taufiq

Wednesday, June 20, 2012

Keistimewaan Dealer Public Gold


Normal Dealer

  1. Anda hanya perlu membuat belian sekaligus dalam satu order dengan jumlah minimum belian RM20,000 dan keatas.
  2. Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 1% dan setiap jualan semula kepada PG akan diberi komisyen 0.5%. 
  3. Bermakna, Jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan semula adalah 1.5%. 
  4. Cth; Anda membeli Emas 1 Dinar dengan spread 6% - 1.5% (Komisyen) = Spread anda kini adalah 4.5% sahaja.
  5. MENARIK - Jika ada rakan anda ingin mendaftar sebagai Dealer, dan anda menjadi introducer kepadanya, maka setiap kali Dealer anda membuat belian anda akan diberi komisyen 0.2% dari jumlah keseluruhan beliannya pada bulan itu

Priority Dealer

  1.  Anda hanya perlu membuat belian sekaligus dalam satu order dengan jumlah minimum belian RM100,000 dan keatas.
  2. Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 1.5% dan setiap jualan semula kepada PG akan diberi komisyen 0.5%. 
  3. Bermakna, Jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan semula adalah 2.0%. Cth; Anda membeli Emas 1 Dinar dengan spread 6% - 2% (Komisyen) = Spread anda kini adalah 4% sahaja. 
  4. MENARIK - Jika ada rakan anda ingin mendaftar sebagai Dealer, dan anda menjadi introducer kepadanya, maka setiap kali Dealer anda membuat belian anda akan diberi komisyen 0.5% dari jumlah keseluruhan beliannya pada bulan itu.

Master Dealer

  1. Bila anda mempunyai minimum 5 Orang Priority Dealer di rangkaian anda, bermakna anda layak untuk menjadi Master Dealer.
  2. Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 2% dan setiap jualan semula kepada PG akan diberi komisyen 0.5%. 
  3. Bermakna, Jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan semula adalah 2.50%. Cth; Anda membeli Emas 1 Dinar dengan spread 6% - 2.5% (Komisyen) = Spread anda kini adalah 3.5% sahaja.
  4. MENARIK - Sebagai Master Dealer, setiap belian oleh Normal Dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 1%, setiap belian dari Priority Dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 0.5% dan setiap belian dari Master Dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 0.1%.

10 Kesilapan Pelabur Emas Masa Kini


Salam, disini saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang berjaya. Moga ianya bermanfaat kepada anda diluar sana.
Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu.
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama.
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.
Kesilapan #3: Membeli barang kemas.
Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas.
Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas.
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain.
Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul.
Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank.
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah.
Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.
Kurangnya Ilmu, Punca Utama 10 Kesilapan
Oh, satu lagi, punca utama kesilapan berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai ya

Apakah itu SPREAD?


Salam Sejahtera,

Apakah itu Spread?
Spread merupakan beza harga Jual dan beli , biasa kita lihat harga emas, sama ada harga emas publicgold atau pun harga emas di bank-bank tempatan, terdapat 2 harga yang dipaparkan iaitu harga WE BUY dan WE SELL , harga WE BUY bermaksud harga yang syarikat tersebut beli dari kita dan harga WE SELL pula adalah harga yang dikenakan jika kita beli emas di syarikat tersebut.

Untuk Spread Produk PublicGold
Gold bar 10g = 8%
Gold bar 20g = 6%
Gold bar 50g = 5.5%
gold bar 100g = 5%
gold bar 250g = 4.5%
gold bar 500g = 4.5%
1 dinar = 6%
2 dinar = 6%
5 dinar = 5.5%
10 dinar = 5%
I series 5g sehingga 100g = 10%

Formula mengira spread adalah seperti di bawah
Harga Sell – Harga Buy     x 100
_________________
Harga Buy

Sebagai contoh , kita ambil harga 1 dinar
spread = Rm729 – Rm685     x 100
                 ___________
                       Rm685
            = 6.4%

Mengapakah spread penting didalam pelaburan emas?

Spread sangat penting kerana ia akan mempercepatkan kita mendapat keuntungan dari pelaburan, sebagai contoh jika kita beli emas pada awal januari 2012 dan jual pada penghujung februari 2012, kenaikan emas ketika itu ialah 15% , jika kita beli 1 dinar ketika itu, kita akan dapat keuntungan sebanyak 9% setelah ditolak spread.
Berbeza jika kita beli emas yang mempunyai spread 20%, kita tidak boleh lagi menjual emas pada ketika itu dan emas tersebut hanya boleh dijual apabila kenaikan harga emas melebihi 20%.
Jadi, pastikan anda membeli emas pelaburan yang mempunyai spread pelaburan yang terendah kerana ia dapat meningkatkan keuntungan anda dengan lebih cepat.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pelaburan emas dan perak, anda boleh hubungi saya di 013-2631136 Taufiq.

Tuesday, June 19, 2012

Kepentingan Pelaburan Emas Fizikal


Saya cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada di dalam pelaburan dan simpanan emas fizikal, secara jujurnya, apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas???  Saya pernah jumpa pelanggan dari Kelang yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Pahang membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas hanya logam"
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai"
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)"
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"
Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya...maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah:
  1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008) 
  8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
  19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi...bergantung pada individu...

Thursday, June 14, 2012

Promosi ISTIMEWA Hari Bapa


Produk Public Gold


20g Gold Bar


10g Gold Bar






  

  











100g Gold Bar

50g Gold Bar












50g Gold Coin

 

1 Dinar

2 Dinar




5 Dinar


10 Dinar

10 Dirham



100g Silver

250g Silver






500g Silver

1kg Silver
























5g & 10g Pendant


20g. 50g, 100g Necklace

10g Bracelet



Tuesday, June 12, 2012

Hubungi Saya


Jika anda ada sebarang soalan atau kekeliruan yang memerlukan bantuan saya, anda boleh menghantar hubungi saya:


Muhammad Taufiq Laun

Authorised Dealer of Public Gold (PG 021403)
013-2631136
goldrich2u@gmail.com / fiq_laun@yahoo.com




Sejarah Emas


ASSALAMUALAIKUM

Tentang Kami