Wednesday, June 20, 2012

Apakah itu SPREAD?


Salam Sejahtera,

Apakah itu Spread?
Spread merupakan beza harga Jual dan beli , biasa kita lihat harga emas, sama ada harga emas publicgold atau pun harga emas di bank-bank tempatan, terdapat 2 harga yang dipaparkan iaitu harga WE BUY dan WE SELL , harga WE BUY bermaksud harga yang syarikat tersebut beli dari kita dan harga WE SELL pula adalah harga yang dikenakan jika kita beli emas di syarikat tersebut.

Untuk Spread Produk PublicGold
Gold bar 10g = 8%
Gold bar 20g = 6%
Gold bar 50g = 5.5%
gold bar 100g = 5%
gold bar 250g = 4.5%
gold bar 500g = 4.5%
1 dinar = 6%
2 dinar = 6%
5 dinar = 5.5%
10 dinar = 5%
I series 5g sehingga 100g = 10%

Formula mengira spread adalah seperti di bawah
Harga Sell – Harga Buy     x 100
_________________
Harga Buy

Sebagai contoh , kita ambil harga 1 dinar
spread = Rm729 – Rm685     x 100
                 ___________
                       Rm685
            = 6.4%

Mengapakah spread penting didalam pelaburan emas?

Spread sangat penting kerana ia akan mempercepatkan kita mendapat keuntungan dari pelaburan, sebagai contoh jika kita beli emas pada awal januari 2012 dan jual pada penghujung februari 2012, kenaikan emas ketika itu ialah 15% , jika kita beli 1 dinar ketika itu, kita akan dapat keuntungan sebanyak 9% setelah ditolak spread.
Berbeza jika kita beli emas yang mempunyai spread 20%, kita tidak boleh lagi menjual emas pada ketika itu dan emas tersebut hanya boleh dijual apabila kenaikan harga emas melebihi 20%.
Jadi, pastikan anda membeli emas pelaburan yang mempunyai spread pelaburan yang terendah kerana ia dapat meningkatkan keuntungan anda dengan lebih cepat.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pelaburan emas dan perak, anda boleh hubungi saya di 013-2631136 Taufiq.

No comments:

Post a Comment