Betulkah Emas adalah alternatif portfolio pelaburan? Masih ramai lagi yang takut-takut untuk menjadikan emas sebagai satu pelaburan alternatif, Ini kerana mereka tidak biasa menyimpan emas dan merasa bimbang kehilangan kuasa beli kerana matawang kertas telah ditukarkan ke bentuk Emas.
Sebenarnya sebagaimana kita simpan wang kertas dalam ASB, KWSP, Tabung Haji, Hartanah & Saham, begitu jugalah dengan pelaburan emas. Cuma bezanya wang kita ditukarkan ke dalam bentuk penyimpanan emas.
Sebenarnya sebagaimana kita simpan wang kertas dalam ASB, KWSP, Tabung Haji, Hartanah & Saham, begitu jugalah dengan pelaburan emas. Cuma bezanya wang kita ditukarkan ke dalam bentuk penyimpanan emas.
Apakah kelebihan menyimpan Emas jika dibandingkan dengan pelaburan lain? Jawapannya adalah tengok sendiri grafik dan graf dibawah yang membuktikan prestasi pelaburan Emas sepanjang tahun 2010.
Lihat sendiri peratusan keuntungan daripada simpanan sepanjang tahun 2010.
* ASB membayar dividen sebanyak 8.75%
* Tabung Haji sebanyak 5.5%
*Bank Rakyat sebanyak 15%
*KWSP sebanyak 5.8%
Cuba tengok peratus kenaikan harga Emas sepanjang tahun 2010, Alamak 25% . Yang lagi best adalah kenaikan harga perak. Untuk Artikel seterusnya kita bercerita tentang pelaburan Perak pula. Sekarang kita tengok pula graf dibawah.
Selain daripada kenaikan harga, Emas juga mempunyai kelebihan tersendiri yang menjadi daya penarik kepada kita untuk menjadikannya Alternatif Portfolio Pelaburan, antara kelebihan Emas adalah :
- Mudah disimpan dan dibawa kemana-mana, walaupun dalam saiz yang kecil emas menyimpan nilai yang besar. Contohnya dalam keadaan darurat atau peperangan, simpanan wang kertas sudah tak bernilai dan jika masih bernilai agak susah untuk dibawa, bayangkan nak bawak keluar RM 300, 000.00. Kalau anda simpan Emas, RM 300,000.00 bersamaaan 2 ketul emas yang beratnya 1 kilo (nilai hari ini). Tak la susah sangat nak bawa keluar dari negara.
- Emas amat mudah dicairkan (high liquidity). Kat mana-mana sekalipun dalam dunia ini emas diterima, anda boleh menjual emas pada bila-bila masa tak kira dinegara mana anda berada kerana emas memang diterima dan berharga diseluruh dunia. Bayangkan kalau anda nak jual RM, belum tentu semua negara terima RM.
- Harga Emas Sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang dan juga mengekalkan kuasa belinya. Sekarang lihat pula grafik dibawah.
Terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri samaada Emas boleh dijadikan Alternatif Portfolio Pelaburan atau pun tidak. Semestinya setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, Buatlah kajian sebelum memilih Emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda. Nasihat saya , “Belilah emas sekarang sebelum terlambat dan buatlah kajian keuntungan hasil daripada pelaburan Emas.
No comments:
Post a Comment