Monday, February 25, 2013

Strategi Pelaburan EMAS 2013


Strategi Pelaburan EMAS. Mari saya kongsikan sedikit ilmu pada malam ini.

Kedudukan harga emas sekarang ini berada di sekitar paras harga yang sama seperti pada bulan 12, bulan 3 dan bulan 6 yang lalu, iaitu ia berada di paras harga sokongan.

Berdasarkan pergerakan naik turun harga emas sepanjang tempoh lebih 1 tahun ini, ia menunjukkan yang ia bergerak naik dan turun dalam julat harga disekitar paras $1580/oz – $1790/oz = $210/oz (+-13%).

Bermakna kalau anda membuat belian dan jualan pada dua paras tersebut seperti yang saya tandakan BELI dan JUAL pada graf diatas, anda sebelum ini telah pun meraih sebanyak 3 kali keuntungan dengan 3 kali transaksi.

KESIMPULAN dari pernyataan posisi harga emas sekarang adalah, jika anda membuat belian SEKARANG, ianya adalah peluang untuk anda meraih keuntungan pada kali yang ke-4 pula!



No comments:

Post a Comment