Tuesday, January 15, 2013

Skim Pelaburan Emas VS Public Gold


Perbezaan Skim Pelaburan Emas dengan Public Gold

Terdapat 7 isi penting yang dibangkitkan oleh Dato’ Louis dan setiap isi penting ini boleh membantu kita sebagai panduan untuk membuat pelaburan emas dengan selamat dan menguntungkan.

Harga Jualan

Skim: Harga jualan skim atau produk emas pengendali-pengendali skim pelaburan emas adalah sekitar 30% di atas harga pasaran emas dunia (spot gold).
Public Gold: Harga emas produk-produk Public Gold hanyalah sekitar 5 – 7% di atas harga pasaran emas dunia (spot gold).
Kamu mungkin tertanya-tanya kenapa ada certain percentage di atas harga spot gold bukan? Jawapannya adalah kerana harga spot gold adalah harga emas mentah di pasaran dunia. Kita ambil contoh dalam industri pembuatan, ia memerlukan bahan mentah (raw materials) dan kemudian bahan mentah ini akan melalui beberapa proses di mana along the way akan ada beberapa kos lain seperti overheadfixed and variable cost dan akhirnya barulah menjadi finished goods. Mengambil kira semua kos ini tadi, maka pengeluar akan meletakkan harga jualan. Samalah apa yang berlaku di sini. Setelah melalui pelbagai proses, 5 – 7% itu dianggap munasabah tetapi kalau dah sampai lebih 30% di atas harga pasaran adakah kita rasa masih munasabah?

Pulangan Bulanan

 
Skim: Pada kebiasaannya terdapat 2 pilihan bila bercakap tentang peratusan pulangan bulanan bagi skim pelaburan emas ini. Yang pertama jika emas disimpan sendiri oleh pelabur, peratusan keuntungan adalah sekitar 2 – 3% sebulan manakala yang kedua jika emas dikembalikan kepada pengendali skim atau memang dari awal emas dipegang oleh pengendali, pulangan bulanannya lebih tinggi iaitu sekitar 5 – 7% sebulan.
Maka ramailah yang berminat untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi tapi itu sebenarnya ‘recipe for disaster‘ sebab andai sesuatu berlaku kepada syarikat seperti syarikat lesap atau diserbu Bank Negara, sudahlah selepas itu memang takkan dapat lagi pulangan bulanan, emas pula tiada di tangan. Rule #1 dalam pelaburan emas ialah “Beli Emas Dapat Emas (fizikal)”
Public Gold: Tiada pulangan bulanan secara tetap dalam bentuk interest mahupun hibahditawarkan oleh Public Gold kepada para pelabur. Sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan pelabur membaca pergerakan harga emas dunia bagi memaksimumkan keuntungan mereka sebelum membuat transaksi samada belian atau jualan.

Jaminan Belian Balik

Skim: Menjamin pembelian balik skim pelaburan emas yang ditawarkan kepada pelabur selepas tamat tempoh kontrak.
Public Gold: Akan membeli balik produk-produk Public Gold walau apa keadaan sekalipun termasuk jika gold bar itu calar, gores, bengkok dan sebagainya asalkan berat masih sama. Kenapa gold bar mudah calar atau bengkok? Jawapannya kerana gold bar mengandungi ketulenan 999.9 dan ini membuatkan sifatnya yang lembut.
Macam mana Public Gold boleh beli balik? Sebab Public Gold kilang emas jadi emas yangcondition kurang baik ini akan dihantar ke kilang untuk dilebur dan dibuat jongkong yang baru.
Emas yang telah calar dan kemek tetap diterima oleh Public Gold

Harga Belian Balik

Kamu mungkin tertanya-tanya jadi apakah perbezaan untuk point di atas jika kedua-duanya menjamin pembelian balik? Bezanya terdapat dalam point yang keempat ini iaitu pada harga belian balik.
Skim: Pengendali skim pelaburan emas akan menawarkan harga belian balik mengikut pada harga belian asal oleh pelabur di awal kontrak ditandatangani. Andai kata ia harga yang ditandatangani pada 6 bulan lepas, harga itulah yang akan dibayar balik kepada pelabur.
Public Gold: Berbeza dengan Public Gold, harga belian balik adalah bergantung pada harga pasaran emas dunia. Berbalik pada point yang kedua tadi, siapa yang pandai baca graf pergerakan harga emas, dia akan lebih untung.
Graf pergerakan harga emas dalam masa tempoh setahun sehingga Oktober 2012

Tempoh Kontrak

Skim: Di antara 3 – 6 bulan bagi setiap kontrak yang ditandatangani
Public Gold: Tiada sebarang kontrak ditawarkan

Pendidikan Emas

Skim: Tiada
Public Gold: Aktif menganjurkan seminar dan kelas-kelas berkaitan pelaburan emas di seluruh Malaysia bagi memastikan orang ramai mendapat informasi yang lengkap dan betul serta paling penting tidak menjadi mangsa skim pelaburan emas. Jadual seminar Public Gold pada setiap boleh dirujuk di SINI

Konsep

SkimPonzi atau di Malaysia lebih dikenali sebagai ‘Skim Cepat Kaya’
Public Gold: Trading iaitu konsep jual dan beli mengikut harga pasaran antarabangsa.
Kesimpulannya, saya harap apa yang saya tuliskan di sini dapat memberikan gambaran dan manfaat buat kamu dan andai kamu rasa ini berguna untuk dikongsi bersama, silalah sebarkannya. Saya doakan kamu kaya dan berjaya dengan emas.

No comments:

Post a Comment