Saturday, January 19, 2013

Strategi Melabur Emas Menggunakan Personal Loan

Tawaran ke 'silver' an menarik dari MBSB kpd mereka yg nak apply pinjaman peribadi utk modal beli emas fizikal..

tempoh maksimum 25 tahun bayaran balik, mmg pakej yg optimum utk Pelaburan Emas..

Pinjaman RM100k x 25 thn = RM666 sebulan (cuma perlu jual 1 keping Dinar sebulan utk menampung komitmen bulanan).

Sapa yg mula dari skrg, menjelang tahun 2015 nanti, dengan menjual 1 dinar sebulan, dah boleh cover komitmen untuk 2 bulan pula disebabkan kenaikan harga Emas yang lebih tinggi berbanding peratus interest pinjaman.

Purata kenaikan tahunan Emas bagi tempoh 10 tahun yang lalu adalah sekitar 15.5%, sedangkan kadar interest cuma 3.8%. Kenapa bimbang tak boleh untung pula?

* 3 Tahun lepas beli Dinar menggunakan modal pinjaman harganya cuma RM550 dan sekarang dah sekitar RM730 - RM750.

Kesimpulan - Buat personal loan sebagai modal pelaburan emas fizikal jauh lebih selamat dan menyelesakan kewangan anda berbanding buat personal loan untuk membeli sebidang tanah.

Reason - Kerana emas fizikal boleh dijual sedikit demi sedikit secara berkala bagi tujuan menampung komitmen bayaran bulanan, jadi anda tidak akan bermasalah dgn kemampuan membayar balik pinjaman.

Berbanding membeli sebidang tanah, anda tak boleh nak jual tanah tersebut seguni demi seguni untuk menampung komitmen bulanan.

Mahu tak mau, memang perlu ikat perut, berjimat cermat dan berkira-kira, dan saya percaya situasi kewangan seperti ini paling tidak disukai oleh sesiapapun termasuk saya.

Tapi....

Kalau bekerja kerajaan memang sesuai dengan strategi ini kerana tempoh pinjamannya panjang, kalau yang bekerja swasta yang tempoh pinjamannya cuma sekitar 7-9 tahun maksimum juga masih menggunakan konsep yg sama. Cuma bilangan dinar yg dijual setiap bulan sahaja yang berbeza.

No comments:

Post a Comment